Monday, February 01, 2016
Cubaan Kelirukan Info Caruman KWSP, Si Bodoh Gagal
Nampaknya usaha pihak anti kerajaan memutar belit fakta sudah sampai
kepada tahap ‘bodoh sombong’ atau mungkin ibarat tikus baiki labu
apabila sanggup ‘memusing’ cerita sebenar dan membuat andaian
bukan-bukan.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang netizen dipercayai
penyokong pembangkang menyebar dakyah jahat kononnya pengurangan 3%
caruman Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) sebagai ‘menipu’ rakyat.
Penulis berkenaan merujuk kepada perutusan khas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika berucap
membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya pada Khamis lalu.
Berselindung di sebalik nama “seorang rakyat Malaysia”, netizen itu cuba
sembunyikan beberapa fakta dan pada masa sama memperbesarkan isu
penurunan caruman KWSP sebagai konon taktik kerajaan ‘rompak’ duit
rakyat.
Barang kali ramai sudah baca hujah dangkal penulis ini dan pasti bagi
yang tidak tahu hujung pangkal akan setuju bulat-bulat dengan tohmahan
fitnahnya konon kerajaan bakal jadi ‘kaya’ dapat banyak hasil cukai
pendapatan!
Namun, bagi yang faham kisah sebenar, hujah penulis itu sebetulnya
menyerlahkan lagi kebodohan dirinya dalam pengiraan percukaian semasa
atau cakap senang, netizen itu jahil matematik dan tidak ‘baca’ habis
berita penuh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment