Friday, February 19, 2016
Ganja: Cadangan Di Luar Kotak Atau Cadangan Takde Otak?
Dalam banyak-banyak isu mutakhir ini,
satu yang agak menarik minat penulis ialah cadangan supaya dihalalkan
penggunaan Ganja ini seperti dilontar seorang Ahli Parlimen Belia
semalam. Ada pulak yang kemudian memberi komen, bersetuju dengan
cadangan itu sebab kononnya ganja ini herba bukan dadah.
Tak tahu yang beri komen seperti ini doktor bertauliah atau dia angkat sendiri jadi doktor.
Sementara kerajaan mungkin dilihat bodoh
kalau mengenepikan semua pandangan orang muda, bila timbul hal-hal
macam ini, jelas disitu kalau terima semua cadangan orang muda pun
berpotensi menjadikan kita lebih bodoh lagi.
Benar, ada negara lain di dunia yang
membenarkan penggunaan ganja, tapi itu isu lain. Mereka ada masalah
mereka sendiri, kita ada masalah kita sendiri, Amerika Syarikat itu
sendiri pun ada negeri dibawahnya yang membenarkan penggunaan ganja dan
ada yang tidak. Anyway, berapa banyak sangat negara (yang benar
penggunaan ganja sepenuhnya) di dunia yang kita cakapkan ni, tak lebih 5
pun.
Kenapa dan mengapa ganja boleh diterima
di negara-negara berkenaan, itu takde kena mengena dengan negara kita. Struktur masyarakat, demografi, agama, budaya dan sebagainya yang
membentuk masyarakat sesebuah negara, tidak sama.
Yang pentingnya di negara kita ni,
asasnya yang kita semua faham ialah ganja ini lebih banyak membawa
keburukan dari yang dikatakan bawa kebaikan tadi. Kalau boleh saya
cakap, takde kebaikan sama sekali, benda khayal dan merosakkan kesihatan
dalam masa yang sama ni, kebaikan macam mana pulak yang dibawanya?
Ganja ini mungkin boleh ‘selesai
satu masalah’ seperti beri ketenangan (macam yang didakwa sesetengah
pihak), bagaimana pula dengan lebih banyak masalah yang pasti timbul
kalau penggunaannya dibenarkan? Orang yang cerdik patut lihat semua
sudut, bukan lihat satu sudut semata-mata.
Masalah yang sedia ada pun sudah cukup
banyak, jangan kita tambah dengan masalah yang disebabkan oleh ‘pelalok’
ganja pulak. Ada banyak cara untuk hilangkan tekanan, bukan semestinya
dengan mencari bahan yang memudaratkan seperti ini.
Berpegang kepada ajaran agama contohnya,
kalau ini dibuat, apa masalah dan tekanan pun boleh diselesaikan, yang
sibuk nak cari ganja juga kenapa?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment