Friday, February 19, 2016
Pemimpin DAP Patut Belajar Kuasai Bahasa Kebangsaan Sebelum Sibuk Ajar Orang Lain
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap
menyarankan Dap ‘menyekolahkan’ pemimpin mereka terlebih dahulu untuk
belajar Bahasa Malaysia sebelum sibuk mencadangkan agar ahli UMNO
menyertai kelas bahasa Inggeris.
Ini kerana jelas beliau masih terdapat lagi ramai pemimpin Dap yang
masih tidak fasih berbahasa hingga penggunaan perkataan yang digunakan
mengundang jenaka.
Tegasnya, selaku seorang pemimpin yang lahir dan membesar di negara
ini seharusnya pemimpin Dap ini mahir di dalam bahasa kebangsaan.
“Di
dewan parlimen kita menggunakan bahasa kebangsaan ini tapi sayangnya
ramai di kalangan pemimpin Dap gagal bercakap dengan baik dalam bahasa
Malaysia. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang mana menjadi bahasa
perantaraan dan hubungan antara kaum.
“Cukup sukar untuk memahami percakapan mereka, apatah lagi
‘menghadam’ putar-belit mereka. Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi
wakil rakyat, pemimpin Dap ini seakan-akan langsung tidak berusaha untuk
menambaik-baik tahap penguasaan bahasa rasmi negara ini.
“Oleh itu mereka harus cermin diri mereka sebelum sibuk hal ahli
UMNO. Memang kita tidak nafikan bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang
penting untuk ke peringkat antarabangsa tetapi kita harus mengutamakan
bahasa kebangsaan kita dahulu,” ujarnya kepada media.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat Dap, Lim Kit
Siang yang menyarankan ahli UMNO agar mengikuti kelas bahasa Inggeris
kerana didakwa salah tafsir kenyataannya di dalam bahasa inggeris.
Tambah Anuar, Dap sering melaungkan kononnya mereka adalah pendokong
Perlembagaan Negara tetapi bahasa Malaysia pun mereka gagal kuasai.
“Dap sering memperlihatkan keburukan orang lain di mata rakyat,
mereka mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya ahli UMNO buta bahasa
Inggeris tetapi ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang
lebih.
“Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan telah termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Kefasihan rakyat atau warganegara dalam perbualan
dan ucapan menunjukkan bahawa mereka menghormati Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Inipun mereka gagal, sibuk pula mahu mengata orang
lain,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment