Friday, February 19, 2016
Isteri Kena Raba Pun Salahkan PM... Kan Bangang Tak Bertempat Tu !!!
Isteri diraba warga Nepal. Tindakan drastik, belasah Nepal tersebut
hingga berdarah. Muatnaik gambar Nepal tertiarap tanpa melihatkan wajah
yang jelas. Kemudian sambung berbusking, menghiburkan orang ramai.
Kira-kira 4 jam kemudian, baru buat laporan polis. Dalam masa sama
salahkan Perdana Menteri dan Menteri.
Manusia diberikan akal dan otak untuk berfikir. Haiwan pula walau
diberikan otak, ia tidak berakal. Bezanya manusia dengan haiwan ialah
akal. Kerana itulah haiwan senang seperti lembu senang dicucuk hidung
dan hanya mengikut kehendak tuannya yang memberinya makan rumput setiap
hari.
Malangnya di akhir zaman ini, manusia dikatakan semakin hilang akal.
Akal yang menghasilkan budaya dan ketamadunan seakan-akan gagal
digunakan dengan sempurna. Budaya murni bertukar menjadi budaya mental
‘tak cukup akal’. Hasilnya, terbitlah kedangkalan manusia itu.
Dengar Yang Apa dikatakan Member kita ini....fikir fikirkan lah
Baru-baru ini, seorang busker mengamuk di media sosial mendakwa
isterinya dicabul Nepal. Akalnya memilih untuk bertindak sendiri,
membelasah Nepal berkenaan hingga tertiarap. Dimuat naik pula gambar
mangsa tanpa menunjukkan wajah jelas yang dikatakan bersalah pada
isterinya itu.
Paling menjengkelkan, tiba-tiba saja busker itu mengaitkan kejadian itu
dengan nama Menteri dan Perdana Menteri. Menteri dan Perdana Menteri
dipersalahkan dalam insiden tersebut. Dia menggunakan rasional isu bawa
masuk pekerja asing Bangladesh seramai 1.5 juta yang hangat diperkatakan
sejak akhir-akhir ini.
Melalui laman Facebooknya, busker itu juga mengakui selepas membelasah
Nepal itu, dia terus sambung berbusking dan hanya membuat report pada
jam lebih kurang 2.00 pagi. Sedangkan kejadian diraba itu berlaku
kira-kira jam 9 malam?
Jika benar busker itu ingin menuntut keadilan, mengapa tidak terus
sahaja dia bawa Nepal itu ke balai polis berdekatan dan selesaikan
ketika itu juga? Mengapa perlu sambung berbusking dan melewat-lewatkan
waktu?
Soalnya, waraskah akal yang menggunakan rasional tersebut untuk
menyalahkan Menteri serta Perdana Menteri atas kejadian tersebut?
Jika dirujuk pada perbuatan meraba, perbuatan itu dilakukan oleh Nepal
berkenaan, bukan Menteri atau Perdana Menteri yang meraba isterinya.
Wajarkah akal menyalahkan mereka yang tidak membuat perbuatan meraba
itu?
Perbuatan mengimport masuk Nepal itu ke Malaysia adalah perbuatan
majikan Nepal berkenaan. Tapi yang dimaki ialah Menteri dan Perdana
Menteri. Majikan yang membawa masuk bangla yang tidak bermoral itu tidak
‘disentuh’. Waraskah akal itu?
Mungkin kerana akal busker itu menyimpul dan mengatakan kononnya
mengimport masuk bangla berdasarkan polisi kerajaan yang dibuat oleh
kementerian yang diketuai oleh Menteri dan kerajaan yang diketuai oleh
Perdana Menteri.
Itu kaitannya untuk menghalalkan busker itu memaki hamun dan menyalahkan
Menteri dan Perdana Menteri? Maksudnya, kerana polisi yang dibuat
kerajaan, maka setiap dosa jenayah atau kesalahan itu harus diletakkan
di bahu pemerintah?
Sekiranya itulah logik akalnya, maka sudah tentulah Rasulullah SAW akan
dipersalahkan juga jika berlaku jenayah dan insiden sumbang di zaman
pemerintahan baginda di Madinah dulu. Di zaman Rasulullah, berlaku dosa
zina dan sebagainya walaupun ajaran Islam yang baginda sampaikan menegah
keras perbuatan tersebut.
Soalnya, apakah wajar dan tergamak akal kita untuk menuding jari pada
Rasulullah atas dosa umat Islam yang berlaku di zaman baginda?
Ketika zaman itu, ekoran Madinah menjadi tumpuan pedagang dan umat
seluruh dunia, pelbagai kaum wujud dan tinggal di kota Islam berkenaan.
Ada yang datang dari Habsyi, Mesir, Iraq dan sebagainya. Polisi Madinah
ketika itu adalah terbuka sempadan politiknya dan sesiapa saja diterima
masuk dan dibenarkan bermastautin di situ.
Namun, sekiranya berlaku apa-apa kejadian jenayah oleh mana-mana
pendatang luar yang menetap dan bekerja di kota itu, apakah kesalahan
itu mewajarkan Rasulullah SAW dan para sahabat yang membantu baginda
dimaki hamun.
Bukan mahu membela warga asing. Tapi jika difikirkan secara rasional,
apabila kita berada dalam keadaan yang marah kerana isteri diraba, apa
tindakan yang akan kita lakukan? Sambung menyanyi atau membuat laporan
polis terlebih dahulu? Tepuk dada, tanya iman....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment