Friday, February 19, 2016
Syabas SKMM Di Atas Ketegasan.... Ambil Kau !!!
SEPANG : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di
sini hari ini atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana
Menteri pada Oktober lalu menerusi laman sosial, Facebook.
Tertuduh, Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang menggunakan nama samaran
‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebooknya didakwa menghantar komen yang
jelek dan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bertujuan menyakitkan hati pihak lain.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 233 (3) akta yang sama.
Hakim Aizatul Akmal Maharani kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan
dengan wang jaminan sebanyak RM7,000 bersama dua penjamin sementara
menunggu tarikh perbicaraan semula pada 22 Mac ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment