Friday, March 25, 2016
Ada Duit Semua Boleh Buat Salah Atau Tidak..... Guan Eng Enggan Ulas Kemungkinan Saman Shabudin
KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan mengulas
kemungkinan beliau akan menyaman Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk
Shabudin Yahaya bagi membersihkan namanya akibat kontroversi pembelian
sebuah banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, George Town.
"Tadi saya nak jawab apa-apa, saya sudah jawab, siarkan dulu apa yang
saya sudah sebut di dalam sidang akhbar dulu, siarkan dulu apa yang saya
sebut dalam PC saya tadi kerana selalunya apa yang saya siarkan
diputarbelitkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Guan Eng sebelum itu mengadakan sidang media di lobi Parlimen selepas
beliau diarahkan keluar Dewan Rakyat oleh Timbalan Speaker, Timbalan
Speaker, Datuk Ismail Mohamad ekoran enggan berhenti bertikam lidah
dengan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Guan Eng dan Abdul Rahman saling berbalas hujah perihal isu penetapan
harga RM400,000 bagi rumah mampu milik ditentukan oleh kerajaan
persekutuan pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang
Dipertuan Agong.
Guan Eng dalam sidang medianya itu sekali lagi menegaskan pembelian rumah banglonya mengikut prosedur yang betul.
"Saya alu-alukan siasatan dan akan beri kerjasama penuh. Kita tidak buat
apa-apa amalan rasuah. Saya bersih, tetap bersih. Kalau nak rasuah
senang sahaja. Derma lagi senang. Jadi itu bukan cara kita.
"Kita bersih dan buat menerusi saluran yang sah. Pinjaman bank dan
sebagainya. Semua dapat dibuktikan dengan dokumen. Tapi janganlah buat
tuduhan melulu sedemikian," katanya.
Sebelum ini Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan kontrak pembelian
banglo itu umpama ‘perkahwinan’ selagi tidak ada paksaan atau pengaruh
yang tidak wajar.
Katanya pembelian banglo dua tingkat berkenaan adalah tertakluk kepada
kerelaan kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan jual beli.
Pembelian banglo tersebut mencetuskan kontroversi kerana ia dibeli dengan harga dibawah pasaran.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment