Friday, March 25, 2016

DAP Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Krisis Pembelian Banglo Guan Eng

SHAH ALAM : Berikutan krisis pembelian banglo melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, DAP negeri itu dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar esok.

Memetik laporan mStar, mesyuarat tersebut akan melibatkan semua ahli parlimen, wakil rakyat serta ahli jawatankuasa parti yang mana kesemua mereka telahpun dimaklumkan untuk menghadirinya.

Ia pada mulanya dijadualkan akan diadakan malam ini.

Kesemua mereka akan diberi taklimat mengenai bagaimana untuk menangani isu ini oleh Guan Eng serta ketua penasihat undang-undang parti, Gobind Singh Deo.

Portal itu yang memetik sumber berkata, kedua-duanya (Guan Eng dan Gobind) mungkin akan meletakkan garis panduan mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dikatakan dalam isu banglo yang telah menjadi tajuk berita utama media tempatan masa kini.

Difahamkan, mesyuarat malam ini diputuskan lewat malam tadi selepas berlaku pertelingkahan di Parlimen antara ahli-ahli Parlimen DAP dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyaksikan Guang Eng dan seorang lagi ahli Parlimen diarah keluar Dewan.

Ketika mereka di luar dewan, Rahman mendedahkan satu lagi tuduhan baru rasuah mengenai kontroversi tanah di Taman Manggis, Georgetown.

Gobind kemudian mencadangkan bahawa mesyuarat perlu diadakan untuk memberi panduan kepada pemimpin DAP Pulau Pinang tentang bagaimana untuk menangani krisis itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment