Friday, March 25, 2016
Adik Shafie Apdal Sokong Najib, Zahid
KOTA KINABALU : Adik kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie
Apdal iaitu Datuk Mohd Yusof Apdal telah menyatakan sokongan padu
terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan menentang segala cubaan untuk
menggulingkan beliau sebagai Perdana Menteri.
Yusof yang juga ketua UMNO Bahagian Silam berkata, rakyat Malaysia
secara demokrasi telah memilih Najib untuk menerajui pentadbiran negara.
“Kami, UMNO Silam berdiri di belakang Perdana Menteri dan timbalannya
(Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), memberikan sokongan tanpa berbelah
bagi, agar mereka dapat melakukan yang terbaik untuk negara.
“Parti ini telah mengatasi banyak cabaran kerana ahli-ahlinya tidak
berbelah bahagi dalam memberikan sokongan terhadap kepimpinan,” katanya
selepas mesyuarat UMNO Silam di Lahad Datu semalam.
UMNO Bahagian Silam mempunyai 50,383 ahli di 457 cawangan dalam kawasan Lahad Datu, Kunak dan Tungku.
Shafie bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini telah mendesak supaya
Najib meletak jawatan.
Tindakan mereka yang bersekongkol dengan pembangkang juga telah
membangkitkan kemarahan ahli parti serta penyokong BN, menyebabkan
timbul gesaan supaya Shafie, Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari UMNO.
Mahathir bagaimanapun telah mengumumkan keluar dari UMNO bulan lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment