Friday, March 25, 2016
Gambar Deklarasi Kelantan Sokong PM, Ku Li Memang Yang Terbaik
Disaat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendapat
tentangan hebat dari gerakan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir,
sehingga terlahirnya Deklarasi Rakyat yang ditanda tangani oleh semua
pemimpin pembangkang bersama Tun M dan kuncu-kuncu beliau, hari ini
negeri Kelantan menyerahkan Deklarasi Kelantan Menyokong PM di Parlimen
sebentar tadi.
Deklarasi ini ditandatangai bertujuan untuk menunjukkan solidariti UMNO
Kelantan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib disaat Perdana
Menteri berhadapan dengan banyak pancaroba dan tentangan yang hebat
samada dari dalam UMNO mahupun diluar UMNO.
Menariknya disini, semua pemimpin UMNO Negeri Kelantan hadir bagi
menandatangani Deklarasi ini dan paling mencuri tumpuan adalah kehadiran
Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah, antara individu yang sebelum ini
dilihat condong untuk memberi sokongan beliau terhadap kem Tun Dr
Mahathir Mohamed.
Malah, dihadapan Perdana Menteri sendiri, beliau menurunkan tandatangan
beliau sebagai membuktikan bahawa beliau kini menyokong penuh
pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib.
Oleh kerana itu, boleh dikatakan tamatlah perseteruan Ku Li dengan Datuk
Seri Mohd Najib yang sebelum ini telah banyak menimbulkan keresahan
dikalangan UMNO Gua Musang, UMNO Kelantan dan hampir kesemua pemimpin
UMNO yang ada pada hari ini. Syabas Negeri Kelantan diatas penyerahan
Deklarasi ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment