Friday, March 25, 2016
Anak TPM.... 'Saya Juga Pernah Jadi Pejuang Reformasi...'
SHAH ALAM : "Saya rasa demonstrasi jalanan bukanlah jalan terbaik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah sama ada masalah rakyat mahupun negara,
sebaiknya ia perlu diselesaikan menerusi meja rundingan."
Demikian luah anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah
Ahmad Zahid ketika mengimbau kembali mengenai kenyataan kontroversinya
berkaitan isu himpunan Bersih 4.0 lalu.
Nurul berkata, kritikannya terhadap perhimpunan itu adalah kerana beliau
juga pernah terlibat dengan demonstrasi sebelum ini, sebab itulah
beliau tidak mahu orang lain turut mengikut jejak langkahnya itu.
"Saya pernah terlibat dalam demonstrasi ketika zaman reformasi dahulu,
ketika itu saya baru berumur 20 tahun, saya masih ingat ketika itu saya
dengan beberapa pemimpin kena tembak dengan air FRU (Pasukan Simpanan
Persekutuan) sebab kami dibarisan paling hadapan.
"Habis gatal satu badan...dengan laungan 'undur Mahathir' saya turut
dikejar oleh SB (cawangan khas) sehinggakan seluar saya terkoyak kerana
tersangkut dengan pokok ketika lari ke Kompleks Daya Bumi ketika itu.
"Bila direnungkan saya rasa seperti saya dipergunakan, sebab itulah saya
katakan bahawa demonstrasi ini tidak relevan, sebab saya pernah alami
ketidak warasan itu, jadi saya tidak mahu orang ramai jadi tidak waras,
sepatutnya saya boleh jadi pelajar terbaik tetapi sebab terlalu sibuk
hendak berpolitik 'ntah apa-apa ntah' ini saya telah buang banyak masa,"
katanya dalam wawancara khas bersama media.
Terdahulu nama Nurul pernah dikecam gara-gara tindakannya yang menyelar Perhimpunan Bersih 4.0 sebagai 'kerja bodoh'.
Berbicara lanjut, Nurulhuidayah berkata, tindakannya itu tidak diketahui oleh abahnya (Ahmad Zahid).
"Kiranya abah saya pun tidak tahu, saya buat perkara begini," katanya.
Sementera itu, Nurulhidayah berkata, menerusi peristiwa itu beliau banyak mempelajari mengenai erti hidup.
"Sekarang ini saya makin cerdik (berseloroh) apa-apa yang berlaku itu saya belajar daripada pengalaman lalu," katanya.
Dalam pada itu, ketika berbicara mengenai karier politik Ahmad Zahid,
Nurulhidayah berkata, mereka melalui bermacam-macam liku sebelum ayahnya
berada ditempatnya kini (sebagai TPM).
"Abah pernah ditahan ISA selama 10 hari, abah ditangkap di Sabah, bayangkan waktu itu saya baru berusia 18 tahun.
"Mak ada cakap kalau abah ditahan dua minggu maknanya Abah akan berada
dalam penjara selama dua tahun, tetapi Alhamdullilah abah dibebaskan.
"Itu pun mak tulis surat kepada perdana menteri ketika itu, abah
dibebaskan di Kuala Lumpur, abah ditinggalkan dilebuh raya dengan mata
tertutup," katanya.
Sebab itulah ujarnya, beliau sangat terkesan sekiranya ada pihak cuba menyinggung perasaan ayahnya itu.
"Mana mungkin saya hendak rosakkan nama beliau, sebab saya tahu perjalanannya begitu sukar," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment