Friday, March 25, 2016
Skandal Banglo Murah : Pemuda UMNO Buat Laporan Baharu Pada SPRM
Hari-hari Lim Guan Eng bersenang lenang sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berlalu. Satu demi satu pendedahan dibuat mengenai skandal pembelian banglo murah milik beliau.
Pada Khamis, Pemuda UMNO membuat laporan baharu mengenai beberapa
kepincangan sepanjang transaksi penjualan tanah di Taman Manggis oleh
kerajaan negeri pada tahun 2012.
Laporan terbabit diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) pagi tadi, oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd
Rahim.
Rafizal berkata, laporan terbabit mengandungi dokumen baharu mengenai
penjualan tanah berkenaan dan berbeza daripada laporan sebelum ini.
"Kandungan laporan ini fokus kepada beberapa fakta baharu mengenai
kepincangan penjualan tanah berkenaan. Ia berbeza berbanding laporan
sebelum ini," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika menemani Setiausaha Pemuda UMNO negeri, Ifan Zaimi Md Tahar, mengemukakan laporan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, Guan Eng
boleh datang ke pejabat SPRM bila-bila masa sekiranya mahu membantu
siasatan berhubung pemilikan banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.
Menurutnya ‘jemputan’ itu dibuat selepas Guan Eng menyatakan
kesediaannya untuk memberi kerjasama selain mahu siasatan mengenai
perkara tersebut disegerakan.
“SPRM memberi jaminan bahawa dalam menjalankan siasatan, kita
menjalankan tugas dengan bebas dan telus sebagaimana kes-kes lain yang
disiasat sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azam memaklumkan, setakat ini
lapan aduan telah diterima SPRM dan beberapa saksi telah dipanggil bagi
membolehkan siasatan dijalankan dengan menyeluruh.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membeli rumah di Jalan
Pinhorn dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran
semasa.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin
Yahaya, yang meminta pihak berkuasa dan SPRM menyiasat mengenai tanah
berkenaan yang sepatutnya dijual secara tender untuk tujuan komersial
membabitkan pembinaan hospital swasta dan suite hotel.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment