Malah nama bekas Menteri Kewangan dan veteran UMNO itu turut diumum oleh pengacara masa majlis tandatangan deklarasi itu baru-baru ini sekalipun beliau tidak hadir.
Khamis pendirian Tengku Razaleigh seolah terjawab,bila turut tandatangan Deklarasi Kelantan yang nyatakan sokongan penuh pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamad, Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan UMNo Kelantan lain kemudian menyerahkan deklarasi berkenaan kkepada Najib.
Dalam pertemuan di bangunan Parlimen itu mereka turut membincangkan isu-isu rakyat Kelantan.
Juga dibawa soal permohonan untuk pembesaran lapangan terbang, lebuh raya Gua Musang ke Kota Bharu serta Stadium pasukan bola The Red Warrior.
No comments:
Post a Comment