Friday, March 25, 2016
NGO Minta Polis Ambil Tindakan Terhadap Sivarasa Dan Afif
PETALING JAYA : Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)
meminta polis mengambil tindakan terhadap Anggota Parlimen Subang
R. Sivarasa dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif
Bahardin kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Presiden badan bukan kerajaan itu Ramesh Rao berkata kedua-dua
pemimpin pembangkang itu telah memuat naik gambar dengan kenyataan
fitnah itu melalui laman sosial Facebook dan Twitter masing-masing
semalam (23 Mac).
“Kedua-dua mereka telah muat naik gambar Perdana Menteri yang telah
diedit (sunting) di muka depan majalah TIME dengan kenyataan fitnah,
pihak kami telah membuat semakan ke atas majalah TIME keluaran terkini
dan mendapati ia tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita
selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Presidennya Zakwan Hafiz Ahmad Ansari.
Ramesh turut minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) untuk segera menyiasat kedua-dua pemimpin berkenaan mengikut
Seksyen 233 (1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Mereka telah sebarkan maklumat dan gambar yang mempunyai unsur
fitnah dan hasutan … ini modus operandi pihak pembangkang mahu burukkan
keadaan, ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment