Wednesday, December 02, 2015
Pas Tidak Sepatutnya Terperangkap Dalam Permainan Politik Sandiwara PKR – Anuar
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Anuar Shaari berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan kepada
rakan sekutunya PKR kerana mereka hanya akan bernilai dan dihargai
sehingga Pilihan Raya Umum akan datang sahaja.
Justeru kata beliau buat masa ini Pas perlu berkira-kira dan bermain
politik dengan bijak dan perlu memahami gerak tari langkah politik
sekutunya itu yang dilihat bermain wayang dalam permainan politik mereka
baik di peringkat nasional mahu pun di negeri Selangor.
“Saya cukup masak dengan permainan politik PKR ini. Pas perlu sedar dan
perlu tahu bagaimana politik yang diguna pakai PKR hari ini. Pas tidak
sepatutnya terus diperangkap dan dipermain-mainkan dengan parti yang
penuh sandiwara ini.
“Saya yakin dan penuh perPanPKRDapcaya jika diberi pilihan antara Pas
dan Dap, PKR tentunya akan memilih DAP dan Pas pula akan terus
terkontang-kanting. Melihat kepada senario yang ada dan permainan
politik PKR itulah yang kita boleh jangkakan,” katanya kepada
sidang media, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Anuar Shaari seterusnya menambah jika itu berlaku
ianya bukanlah politik yang mengejutkan dan masyarakat umum boleh
melihat perkara berkenaan menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Ujar beliau PKR tidak mampu berdiri dengan sendiri dan tentunya apabila
tiba masanya nanti parti pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu
membuat pilihan dan perlu berkorban dalam memilih rakan sekutu.
“Bagi PKR mereka sama sekali tidak mampu kehilangan Dap. Ini kerana
jika mereka menolak Pas, mereka mempunyai pilihan pengganti iaitu parti
serpihan Pas iaitu Parti Amanah.
“Jadi kepada kesimpulan di atas adalah Pas yang akan menjadi mangsanya
dan sebab itulah penekanan tadi bahawa tidak perlunya Pas menaruh
kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada rakan sekutunya itu.
“Rasanya sudah tiba masa untuk Pas memikirkan jalan politik yang terbaik
untuk mereka dan bukannya bergantung harap sepenuhnya kepada PKR.
Percayalah nasib malang bakal menimpa mereka jika terus mengambil sikap
sedemikian,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment