Tuesday, June 23, 2015

Beli Aset 1MDB Berdasar Nilai Jangka Panjang

24 Jun 2015, Kuala Lumpur : 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) hari ini menegaskan ia hanya membeli aset apabila ia yakin aset-aset itu mempunyai nilai jangka panjang.
http://greatermalaysia.com/wp-content/uploads/2015/03/image-21.jpg
“Untuk mengatakan bahawa sebarang pembelian kami didorong oleh pertimbangan politik adalah sama sekali tidak betul,” kata syarikat itu yang merujuk kepada artikel Wall Street Journal baru-baru ini yang menyatakan 1MDB terlebih bayar dalam pembelian aset tenaganya.

“Hakikatnya adalah dakwaan ini merupakan pengulangan tuduhan-tuduhan lama yang dilemparkan pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dakwaan-dakwaan ini tidak pernah dibuktikan dan tidak pernah disokong oleh bukti, sama seperti Dr. Mahathir yang tidak pernah mengeluarkan sebarang bukti bagi tuduhannya bahawa RM42 bilion hilang daripada 1MDB, kerana realitinya ialah RM42 bilion ini merupakan hutang yang disokong oleh aset bernilai RM51 bilion,” kata 1MDB dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

1MDB berkata, ia mengambil pandangan nilai jangka panjang apabila melakukan urus niaga; bukan sahaja bagi syarikat itu tetapi juga bagi negara, sebagai menepati pemilikan 100 peratusnya oleh kerajaan Malaysia.

“Harga pembelian dibayar berdasarkan kepada pandangan jangka panjang ini, serta nasihat yang di­terima daripada penasihat penilaian bebas, dan keadaan pasaran pada masa itu.

“Atas dasar ini, kami percaya nilai yang dibayar selepas pembe­lian aset – yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, seperti yang biasa apabila membeli perniagaan lain – adalah setara dengan aset sedia ada dan aset berpotensi pada masa depan,” kata syarikat itu.

1MDB berkata, sejak membeli aset tenaga pertama pada 2012, ia telah membangunkan pengeluar penjana bebas antarabangsa utama di Asia Tenggara.

Portfolio itu ketika ini terdiri da­ripada 13 stesen jana kuasa di lima negara, bersama-sama dengan hak untuk membina lagi loji berkuasa gas dan solar.

Hari ini, Edra Energy merupakan pengeluar penjana bebas kedua terbesar di Malaysia dan yang terbesar di Mesir dan Bangladesh, dengan operasi tambahan di Pakistan dan Emiriyah Arab Bersatu.

Secara keseluruhannya, ia memiliki kapasiti dipasang kasar 6,619 MW dengan kapasiti efektif kira-­kira 5,594 MW, kata syarikat itu.

1MDB memacu inisiatif doro­ngan pasaran bagi membantu mengubah Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang berkembang maju – yang sangat kompetitif, inklusif dan mapan.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment