Tuesday, June 23, 2015
Biro Kebajikan UMNO, KP1M Fokus Bantu Mangsa Bencana Dalam Negara
23 Jun 2015, Kuala Lumpur : Biro
Kebajikan Umno Malaysia dan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) akan memberi
fokus dalam membantu mangsa bencana banjir di Kelantan dan gempa bumi di
Sabah pada tahun ini.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul
Rahim berkata berbanding dahulu, mereka sering memberi bantuan kepada
rakyat di luar negara, namun pada kali ini mengambil pendekatan berbeza
selepas Malaysia ditimpa dua bencana besar sejak akhir tahun lepas.
“Ia berikutan kita diberi amanah oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib
Tun Razak untuk membantu kawasan yang dilanda kedua-dua musibah ini,”
katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan
al-Mubarak Peringkat Negeri Kelantan di Bangunan Umno Kelantan di sini
hari ini.
Pada majlis berkenaan, sebanyak 590 masjid di seluruh negeri ini akan
menerima 10 kilogram kurma, 10 liter air zam zam dan 10,041 pasang kain
baju Melayu yang akan diagihkan oleh ketua Umno bahagian masing-masing.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment