Wednesday, June 24, 2015
Kit Siang Sendiri Pun “Hilang” Di Gelang Patah, Ada Hati Tawan Johor
24 Jun 2015, Gelang Patah : Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin
Hashim berkata, kenyataan Penasihat Dap, Lim Kit Siang kononnya Johor
bukan lagi kubu kuat UMNO dan beliau yakin akan dapat menawan negeri itu
pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah satu taktik psikologi
bagi memulihkan semula sokongan ahli-ahlinya.
Jelas Hahasrin, Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang
Patah, sekadar memberi harapan palsu demi memastikan jentera pembangkang
terus dapat dikawal memandangkan pakatan pembangkang kini ibarat telur
dihujung tanduk menanti masa untuk berpecah.
“Bagi saya Kit Siang hanya bermain psikologi untuk memastikan
pengikutnya terus setia. Saya ingin bertanya kepada Kit Siang, apakah
asasnya dia berkata demikian memandangkan penduduk Gelang Patah sendiri
kini mempersoalkan di manakah dirinya selepas menang di kerusi parlimen
ini pada PRU yang lalu.
“Dia sendiri ‘hilang’ dari kawasan menyebabkan penduduk Gelang Patah
tercari-cari bayangnya. Jadi, mana mungkin rakyat negeri ini berpaling
arah kerana telah terbukti kepimpinan sedia ada jauh lebih kukuh dan
menjamin masa hadapan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, realiti sebenar di negeri Johor adalah kerajaan BN
sedang memerintah dengan baik dan banyak isu yang dapat diselesaikan
khususnya isu berkaitan rumah mampu milik dan juga isu tanah.
“Pembangungan juga berjalan dengan baik dan pesat walaupun dalam
keadaan ekonomi yang tidak menentu. Jadi sudah semestinya rakyat Johor
akan membuat pilihan yang sebaik dengan mengekalkan kerajan sedia ada.
“Saya amat yakin, pada PRU akan datang, BN tetap menjadi aset UMNO.
Johor masih kubu kuat UMNO. Jadi Dap tidak perlu berangan untuk menawan
negeri ini,” katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment