Sunday, June 28, 2015
Perangkap Licik DAP Mengena ! Apa Apa Pun KIta Tunggu Dan Lihat
Beginilah suasana dan keadaannya apabila 3 pihak yang mewakili ideologi
politik peribadi atau parti mengaku bersama dan sependapat.
Kehadiran mereka yang mengaku daripada PKR , DAP dan G18 itu sebenarnya
merupakan platform awal kononnya untuk membentuk pakatan pembangkang
yang baru selepas pemimpin PAS pro DAP ditolak dalam muktamar PAS
baru-baru ini.
Malahan Teresa Kok turut melahirkan rasa gembiranya dengan pertemuan
terbabit walaupun rasa gembiranya itu agak pelik kerana disusuli dengan
rasa hairan.Hairan kerana beliau berpendapat begitu ramai sekali
pemimpin progresif dalam PAS bersatu padu !
Maka bertempik soraklah para pimpinan progresif PAS tadi walaupun
hakikatnya mereka sekali lagi sedang diperangkap oleh DAP.Realitinya apa
yang sedang berlaku adalah kumpulan pro DAP dari PAS ini sedang
berdepan dengan situasi terburuk dalam sejarah politik mereka.
Ideologi yang selama ini cuba dipupuk dikalangan ahli PAS tidak lagi
diterima apabila kumpulan pro ulama bangkit dan mempertahankan parti itu
daripada terus-terusan diliwat oleh sebahagian besar pemimpin PAS yang
sudah mula berubah kiblat politiknya.
Malahan jolokan PROGRESIF terhadap kumpulan yang mengaku G18 ini
sebenarnya hanyalah sebagai perencah penyedap ramuan politik kerana
hakikat sebenar mereka adalah mangsa kepada ketaksuban ideologi politik
DAP yang lebih mementingkan kedudukan dan kuasa daripada prinsip dan
nilai perjuangan sebelum ini.
Dalam pada itu seluruh pemimpin PAS seharusnya sedar bahawa parti itu
sebenarnya telah melakukan satu kesilapan paling besar dalam sejarah
politiknya di tanahair.Bersetuju untuk bersama Pakatan Rakyat merupakan
satu keputusan yang telah membawa musibah besar bukan sahaja kepada
lanskap politik orang Melayu tetapi juga kepada parti PAS itu sendiri.
Kesannya cukup memalukan sehingga PAS sudah sampai ke tahap menjadi
PENCACAI kepada PKR dan DAP ! Lihat sahaja apa yang berlaku dengan saf
kepimpinan PAS di Pulau Pinang ianya begitu jelas memperlihatkan kepada
kita berlakunya jurang tahap kasta politik antara DAP , PKR dan PAS
sehingga PAS dan PKR hanya mampu menjadi pak angguk.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment