Sunday, June 21, 2015
Semua Penentang Bangsa Malaysia Akan Cari Media Asing
Tindakan Tun Dr. Mahathir memburuk-burukkan pemimpin dan negara ini
kepada media asing, tidak mengejutkan. Dari sejarahnya, semua yang
menentang kerajaan memang begitu perangainya – agak-agak nak kalah, cari
media asing.
Cuma dalam kes Tun Mahathir ini, ia agak ironi kerana ketika zamannya,
malah dalam beberapa hal seperti misteri kehilangan MH370 tak berapa
lama sebelum ini, Tun Mahathir meminta rakyat Malaysia tidak percaya
dengan laporan media asing.
Hari ini dia pulak buat benda sama.
Memang Tun Mahathir boleh berkata dia tidak memburukkan negara ini tapi
hanya Perdana Menteri, tapi jangan lupa, yang dulu pun (ketika zaman
beliau menjadi Perdana Menteri), media asing banyak memburukkan beliau,
bukan negara ini pun.
Pun begitu, rakyat jangan menyalahkan Tun Mahathir. Beliau memang macam
itu dari dulu, marah nyamuk bakar kelambu. UMNO pun pernah dipastikan
terus haram, krisis dengan badan kehakiman diwujudkan, demi memastikan
kuasanya tidak diganggu. Ini memang style Tun Mahathir bila egonya
tercabar.
Inilah harga yang terpaksa dibayar rakyat Malaysia bila Datuk Seri Najib
Tun Razak enggan menjadi budak suruhannya. Dalam hal ini, rakyat perlu
memikirkan mana satu musibah paling besar – Tun Mahathir memburukkan
negara melalui media asing atau ada Perdana Menteri, tapi menjadi budak
suruhan Tun Mahathir?
Penulis cenderung kepada pilihan kedua, terima kasih kepada Tun Mahathir
kerana 22 tahun mengajar rakyat agar tidak terpengaruh dengan media
asing. Sampai hari ini, dek kerana pendoktrinan bertahun-tahun macam
itu, rakyat masih tidak begitu terpengaruh dengan media asing, termasuk
bila yang mengadu tu ialah Tun Mahathir sendiri.
Terima kasih Tun.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment