Sunday, June 28, 2015
Tolak Hukum Hudud.....Wan Azizah Hipokrit, Amal Politik Dua Alam
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai
seorang yang hipokrit dan mengamalkan politik `dua alam’ apabila
memfailkan tuntutan qazaf terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
dengan dakwaan kononnya peguam kanan itu menuduh suaminya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim meliwat.
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata,
perkara tersebut jelas membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu
mempermainkan hukum hudud demi kepentingan peribadi dan politik kerana
beliau sendiri sebelum ini menolak Kanun Jenayah Syariah (II) (1993)
2015 yang hendak dilaksanakan Pas di Kelantan.
“Saya berharap rakyat terutama umat Melayu-Islam dan khususnya ahli-ahli
Pas dapat melihat sandiwara ini, sekali gus menolak politik batil yang
dibawa oleh PKR.
“Malah, Pas wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dengan PKR
sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah
Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan beliau merujuk kepada tuntutan qazaf yang difailkan Wan Azizah
di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan
hudud qazaf di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini.
Menurut Zulkifli, Seksyen 36 enakmen tersebut hanya berkaitan hukuman
hudud qazaf terhadap ‘orang yang menuduh orang lain melakukan zina’,
sedangkan Muhammad Shafee menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang
diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
“Oleh yang demikian berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, ‘zina’ tidak
termasuk liwat. Atas alasan ini sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak
laporan hudud qazaf terhadap Shafee,” katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment