Thursday, June 18, 2015

Tun Mahathir Asyik Tukar Gawang Gol

Cukuplah para penghasut Tun Mahathir Mohamad. Biarkanlah Tun beribadah di bulan Ramadhan ini di usia yang kian penghujung. Tidak masuk akal kita melihat Perdana Menteri Keempat negara ini marah-marah dan terus menyerang Perdana Menteri pada hari pertama bulan Ramadhan ini.
http://310627192.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/5a041d9788b034f8c240b6c20c311aa4_XL.jpg
Kita ingatkan di bulan Ramadhan ini akan memperlahankan perbalahan politik, malangnya hari pertama lagi gelanggang sudah dibuka. Hari ini Tun Mahathir menerbitkan satu artikel berjudul “THE 1MDB REPLY” yang antara lain secara keseluruhan beliau berkata 1MDB tidak menjawab apa-apa kecuali menuduh beliau salah.
To all my criticisms 1MDB, can only say that they are all wrong. But there are no proofs given. The answer is always about secrecy of Government matters.
Sebenarnya sukar untuk 1MDB mahu pun mana-mana pihak menjawab Tun Mahathir kerana beliau sering mengubah “gawang gol”. Tun pada mulanya mendakwa 1MDB hilang RM 42 bilion. Ini telah dijawab dinafikan oleh 1MDB dengan menyatakan RM 42B ialah labialiti dari pembelian aset bukan wang yang hilang atau rugi. 

Tun kemudiannya menukar jumlah wang yang hilang dari RM 42 bilion kepada RM 27 Bilion mengikut kiraan beliau sendiri. 

Kemudiannya 1MDB mengeluarkan satu carta pengurusan kewangan 1MDB membabitkan labialiti RM 42 bilion bagi menafikan dakwaan bahawa wang tersebut lesap mahu pun rugi seperti yang didakwa oleh Mahathir. 1MDB11MDB2
Tun Mahathir membangkitkan isu Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri yang dikatakan kaya raya melalui 1MDB. Walaupun tiada sekelumit bukti diberikan oleh Mahathir, PM Najib Razak telah mengarahkan siasatan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mahathir juga menimbulkan isu Altantuya dan pembabitan dengan Najib. PM Najib menafikan dan bersumpah atas nama Allah beliau tidak terbabit. 

Hari ini Tun Mahathir menukar “gawang gol” lagi. Jika dulu isu RM 42 Bilion, Jho Low dan Riza Aziz, kini kisah lain. Beliau membangkitkan isu lain yang sudah tidak sama lagi dengan soalan asal. 

Faktanya kebanyakan soalan Tun sebelum ini sudah dijawab dan Tun pun mengakui ia dijawab tetapi tidak berpuas hati kerana menganggap CEO 1MDB, Arul Kanda seorang penipu.

Tun sudah menjadi emosional apabila banyak tuduhan-tuduan beliau dijawab. Beliau tidak biasa mendapat jawapan berlainan daripada apa yang difikirkan. Bila keadaan ini terjadi Tun menjadi emosional dan mula membuat pelbagai soalan-solan merepek. Sudah tentu kerajaan tidak berupaya menjawab semua soalan Tun yang datang bertubi-tubi berasaskan andaian dan persepsi semata-mata.

Kita sedih membaca tulisan-tulisan Tun Mahathir yang semakin lama semakin kehilangan aura seorang negarawan dan pemikir yang hebat. Jika dulu apa sahaja Tun cakap atau tulis orang akan anggap sebagai satu kebenaran kerana kita percaya Tun tidak akan menulis atau bercakap tanpa bukti yang mencukupi.

Namun hari ini Tun sudah meletakkan dirinya setaraf dengan penghibur politik negara seperti Rafizi Ramli, Mohamad Sabu dan Chegu Bard.

Mungkin setiap kita ada masa pasang dan surut. Dan Tun berada di penghujung usia sukar lagi mengekalkan kegemilangan beliau menganalisis dan mengumpul maklumat.

Hari ini juga Tun hilang kawalan apabila memanggil musuh politiknya, Chegu Bard, sebagai kucing kurap kerana cuba menganjurkan program #nothing2hide mengenai pentadbiran beliau. 

Wajarkan seorang negarawan bercakap sedemikian rupa?

Tun sebenarnya sedang menjadi alat kepada kepada kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan PM Najib Razak atas sebab perniagaan dan politik.

Untuk penghasut Tun Mahathir, cukuplah mempergunakan negarawan berusia lebih 90 tahun ini. Jadilah anak jantan dengan tampil ke hadapan, bukan bersembunyi di belakang Tun Mahathir lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment