Wednesday, December 02, 2015
Biar Betul Ni..... Isteri Pegawai Tinggi SPRM Benci PM?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini seolah-olah
“dimiliki” pembangkang. Sejak kebelakangan ini tindak-tanduk SPRM
dilihat begitu cenderung menyokong pembangkang. Banyak desas desus
mengatakan bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak mengambil tindakan yang
sewajarnya apabila timbul kes-kes yang membabitkan pembangkang ataupun
pihak anti Najib.
Mungkin selama ini penyokong kerajaan tidak bersuara lantang membongkar
kepincangan dan sikap berat sebelah SPRM namun apabila tindakan mereka
dilihat melampaui batas sehingga mencabar institusi kerajaan yang
dipimpin oleh Barisan Nasional maka satu persatu “bangkai” dan “najis”
dalam SPRM didedahkan.
Baru-baru ini, salah seorang rakyat Malaysia yang marah dengan
keangkuhan dan kesombongan SPRM memfitnah kerajaan telah tampil
memberikan maklumat berkenaan penyusupan pro pembangkang didalam SPRM
termasuk dalam kehidupan peribadi pegawai SPRM sendiri.
Menurut sumber dalaman, isteri kedua seorang pegawai SPRM yang
berpangkat datuk telah mendedahkan diri beliau sebagai penyokong tegar
pembangkang. Datin tersebut kerap memuatnaik status yang menghentam
kerajaan dan menyokong pembangkang tanpa sebarang keraguan.
Suami beliau yang merupakan pegawai SPRM dikatakan turut terlibat dalam
komplot menjatuhkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datin ini kelihatan begitu aktif memburukkan kerajaan di laman sosial
Facebook milik beliau.
Berkenaan dengan SPRM yang telah menjadi lubuk pembangkang, baru-baru
ini seramai kira-kira 10 orang wakil rakyat daripada pembangkang
mengadakan lawatan ke SPRM bagi menunjukkan sokongan terhadap
suruhanjaya itu.
Antara wakil rakyat yang hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang
dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Turut hadir ialah Pengerusi
Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu dan MP Pandan, Rafizi Ramli.
Kesemua wakil rakyat itu kemudian mengadakan pertemuan selama kira-kira
30 minit dengan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad
Yaakob. Dalam sidang media selepas pertemuan itu, Wan Azizah meminta
seluruh rakyat Malaysia agar turut memberikan sokongan kepada SPRM.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment