Wednesday, December 02, 2015
Dakwa PAS Diresapi Pemikiran IS, Pemimpin PAS Tuntut Mat Sabu Tunjuk Bukti
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu telah `menembak’ bekas
parti lamanya, PAS dengan mendakwa bahawa PAS telah diresapi oleh
pemikiran militan IS. Kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu dalam satu
portal itu menyebabkan pemimpin PAS naik angin dengannya.
Selepas membangkitkan menenai IS itu, ramai yang bertanya kepada Mat
Sabu, kenapa beliau membuat tuduhan itu sekarang, bukannya ketika beliau
masih berada dalam PAS?
Adakah beliau mahu menarik simpati, menarik perhatian atau Mat Sabu mahu
`menghalalkan’ tindakan PAN yang kini berada bersama dengan DAP dan PKR
dalam Pakatan Harapan?
Atau adakah Mat Sabu mahu menyelamatkan karier politiknya, yang dikini
disifatkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz sebagai telur dihujung tanduk.
“Selepas krisis perpecahan ini (PAS-PAN), semua tahu bahawa PAS kekal
dengan dasar dan polisinya, dan parti serpihan ini pula terpaksa mencari
hujah, yang bagi saya terlalu mudah ditolak bukan oleh PAS saja, bahkan
oleh rakyat.
“Isu takfiri (mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan) ini adalah
hujah pada tahun 80-an yang pernah digunakan UMNO, tapi sekarang UMNO
juga sudah tidak menggunakan hujah itu kerana mereka tahu PAS membawa
Islam sebenar.
“Dia (Mat Sabu) nak buktikan, buktikanlah, tapi saya yakin dia tidak mungkin dapat buktikan,” kata Nik Abduh.
Kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu itu juga menunjukkan bahawa PAN kini
keliru dengan perjuangan sebenar mereka. Jika dulu PAN menggunakan
alasan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO, kini PAN mengalihkan isu dengan
menyatakan bahawa parti Islam itu diresapi dengan perjuangan militan
IS.
Ia juga menjadi modal politik terbaru untuk Mat Sabu menghentam PAS.
Kenyataan Mat Sabu itu menyebabkan beliau turut menerima `serangan’
daripada Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi
Marzuki.
Menurut Dr. Mohd Zuhdi, PAN sebenarnya tidak tahu peluru mana yang mahu
digunakan untuk menyerang PAS dan menggunakan pelbagai alasan untuk
menerangkan kepada ahli-ahlinya yang `pening’ mengenai kewajaran kenapa
keluar dari PAS.
“Kepimpinan PAN dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka dan
mencari titik persamaan supaya kumpulan pro syiah, pro tanzim alami dan
pro Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya,” kata Dr. Mohd Zuhdi.
Apa yang pasti Mat Sabu perlu membuktikan tuduhannya itu. Sama-sama kita tunggu bahan bukti yang akan dikemukakan oleh Mat Sabu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment