Wednesday, December 02, 2015
Padan Mukanya....Ada Berani Ke?.... Gabungan Pengundi Muda Lembah Pantai Desak Nurul Izzah Letak Jawatan
KUALA LUMPUR : Berikutan pertemuan Nurul Izzah Anwar bersama Puteri
Sultan Sulu, Jacel Kiram, golongan pengundi muda Lembah Pantai mendesak
ahli parlimen itu untuk meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat di
kawasan.
Mohd Nazri Abdul Rahman selaku Pengerusi Gabungan Pengundi Muda Lembah
Pantai berkata, tindakan Naib Presiden PKR itu ternyata mengguris
perasaan rakyat Malaysia terutamanya balu-balu pasukan keselamatan
negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada
2013.
"Jika berani, Nurul Izzah perlu lepaskan jawatan segera.
Pengundi-pengundi Lembah Pantai sudah bersedia untuk 'menghukum' beliau.
"Dalam masa sama, kita juga minta agar Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Parlimen yang akan bersidang dan membicarakan kes ini pada Khamis dapat
mencapai kata putus mengenakan tindakan berat termasuk melucutkan
jawatan Nurul Izzah sebagai ahli parlimen,"katanya pada sidang media, di
sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Nazri berkata beliau mewakili kira-kira 20
persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) Lembah Pantai akan terus
mendesak agar Nurul Izzah 'turun' kerana Nurul Izzah juga gagal menjaga
kebajikan warga Lembah Pantai.
Antara persatuan terlibat termasuk Persatuan Belia Cempaka; Kelab Sukan
Rekreasi dan Komuniti Parlimen Lembah Pantai; Kelab Belia Anak Wilayah
Lembah Pantai; Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Lembah Pantai;
Kelab-kelab Belia Malaysia Kawasan Lembah Pantai; Wirawati Perkasa
Lembah Pantai; Kelab Belia Merah Jambu Bangsar; Persatuan Wanita
1Malaysia Lembah Pantai dan Future KL.
"Tidak perlu tunggu PRU akan datang. Nurul Izzah perlu berundur
sekarang. Kami akan memasang kira-kira 20 kain rentang yang tertulis
desakan agar Nurul Izzah meletakkan jawatannya," katanya
Sementara itu, Mohd Nazri, turut menyokong keputusan yang dibuat oleh
Ahli Dun Sabah yang meluluskan usul tidak membenarkan Nurul Izzah
menjejakkan kaki ke negeri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment