Wednesday, December 02, 2015
PAS Mahu Bertanding Semua Kerusi DUN Dan Parlimen di Johor
PAS Johor bersedia untuk bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerusi itu termasuk milik PKR dan DAP.
Katanya, keputusan itu diteruskan jika perbincangan dengan PKR mengenai pembahagian kerusi gagal diteruskan.
Katanya, PAS Johor telah cuba menghubungi PKR untuk berbincang mengenai
pembahagian kerusi tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang respon.
“Saya tahu agak sukar jika PAS bergerak sendirian tetapi tiada apa yang
mustahil,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru, lapor The Star
Online.
Mahfodz berkata, pada PRU13, PAS bertanding di sembilan kerusi Parlimen
dan 21 kerusi negeri tetapi hanya menang empat kerusi negeri tetapi
tiada calon mereka yang hilang deposit.
Ditanya keputusan itu mungkn berubah di saat-saat akhir jika DAP
berunding untuk mengelak pertandingan tiga penjuru, beliau berkata
perkara itu agak mustahil.
Katanya, PAS bercadang untuk bertanding di kerusi DAP termasuk di
Tangkak, Yong Peng, Stulang, Johor Jaya, Pekan nenas, Pengkalang
Rinting, Labis, Bakri dan Tanjong Piai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment