Wednesday, December 02, 2015
Pindaan Nama Kawasan Parlimen, DUN Sarawak
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama
ke atas kawasan Parlimen Mambong (P.198) di Sarawak kepada Parlimen
Puncak Borneo.
Pindaan nama turut disyorkan ke atas empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu:
* N.19 daripada Bengoh ke Mambong
* N.34 daripada Batang Air ke Batang Ai
* N.41 daripada Belawai ke Kuala Rajang
* N.68 daripada Kidurong ke Tanjung Batu
Terdahulu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengenai
laporan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak hari
ini di Parlimen.
Di dalam kandungan laporan itu adalah, penambahan 11 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) meliputi DUN Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit
Semuja, Gedong, Kabong,Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
Ujar Najib, dengan pertambahan bahagian pilihan raya itu, ia secara
tidak langsung dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada
penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam
kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment