Wednesday, December 02, 2015
Tangkap Hishamuddin Rais, Beliau Cuba Kepung Parlimen - Pengakuan PAS
KUALA LUMPUR : PAS mendedahkan tentang rancangan aktivis Pakatan
Harapan, Hishamuddin Md. Rais membawa penyokong pembangkang mengepung
bangunan Parlimen sewaktu perhimpunan haram BERSIH 4 diadakan di ibu
negara pada Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata,
maklumat yang diterima PAS itu antara sebab parti berkenaan membuat
keputusan tidak menyertai perhimpunan tersebut.
“Seingat saya malah ketika siri BERSIH (kecuali BERSIH 4), PAS yang
berperanan penting memastikan perhimpunan tidak menjadi ganas. Unit amal
PAS yang menyekat tindakan kumpulan yang mahu bawa aliran merusuh.
“Ketika Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul duduk bersila `di
parking’ Parlimen berbincang nak turunkan Najib (Perdana Menteri),
Hishamudin dikatakan mencadangkan buat perhimpunan untuk kepung
Parlimen. Semua kenal Hishamuddin bawa aliran radikal,” katanya dalam
satu kenyataan media hari ini.
Justeru, kata Ahmad Amzad, Presiden Pati Amanah Negara (PAN), Mohamad
Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak sepatutnya menuduh PAS
parti beraliran ganas tuduhan sedangkan aktivis Pakatan Harapan yang
juga rakan baik beliau, Hishamuddin beraliran radikal.
“Tak semena-mena satu ketika kita terlibat dengan sikap berlembut dengan
tokoh komunis Chin Peng yang ada pihak desak dibenarkan kembali ke
Malaysia, tambah lagi bila Mat Sabu pula mulakan kontroversi Mat Indera.
“Untuk seorang yang diketahui kagum dengan revolusi ala Iran, malah
sampai kini ada saja lawatannya ke sana berbanding mengunjungi tokoh
tokoh ulama sunni, Mat Sabu sendiri kaki membakar perasaan rakyat ke
jalan raya,” katanya.
Ahmad Amzad turut mengingatkan semua ahli PAS tentang perbuatan
penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengadakan upacara
kematian dan memijak-mijak gambar Presiden PAS dan Perdana Menteri dalam
perhimpunan BERSIH 4.
Kata beliau, Abdul Hadi tidak bersikap radikal ke atas perbuatan itu
sebaliknya meminta semua ahli PAS supaya bersabar dan bertenang.
Malah, katanya, Presiden PAS terlebih dahulu menziarahi Kedutaan
Perancis menyatakan dukacita dan takziah ke atas serangan pengganas di
Paris, Perancis baru-baru ini.
“Parti Mat Sabu hanya tiba selepas itu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment