Tuesday, June 16, 2015

1MDB: Pentingkah Hasil Ketua Audit Negara dan PAC Sekiranya Motivasi Utama Ialah Gulingkan Perdana Menteri Najib Razak?

mahathir-najib 
EDITOR MENULIS...
16 JUN 2015

Tuduhan hilangnya RM42 Billion dari 1MDB belum reda, sungguhpun penerangan ke mana “hilangnya” nilai tersebut telah pun dijawab dengan jelas, nyata dan terang.

Desakannya agar Arul Kanda menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atas 1MDB juga telah dituruti tanpa syarat. Malangnya, sekali lagi, segala penjelasan tersebut enggan diterima.

Ternyata, sungguhpun jawapan telah diberi kepada persoalan-persoalan yang dilontarkan, Tun Mahathir dilihat lebih gemar mengheret polemik ini dari satu poin ke poin yang lain. Nampaknya seperti tidak berkesudahan.

Gaya serangan Tun Mahathir ini persis gaya Pakatan Rakyat, yang sering membuat tuduhan lantas meminta orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa tuduhan tersebut tidak benar.

Prinsip keadilan seharusnya membawa maksud, bahawa siapa yang menuduh harus mengemukakan bukti supaya ianya berasas dan tidak berbentuk spekulasi semata-mata.

Menuduh tanpa bukti, sekadar berkata-kata. Cuba kita bayangkan, jika inilah budaya yang akan meresapi masyarakat kita, maka saya merasakan akan huru-haralah keharmonian dan keselamatan semua.

Hanya gara-gara sikap suka menuduh tanpa bukti menjadi makanan ruji masyarakat.

Terbaru, saya terbaca bahawa Tun Mahathir mengarahkan agar  1MDB mengemukakan bukti hitam putih.

Bukankah segala persoalan dan pertuduhan yang diutarakan sebelum ini kepada umum tanpa satu pun bukti hitam putih kecuali berdasarkan laporan akhbar dan portal yang berbasis kan “mengikut laporan itu, menurut laporan ini” serta “menurut maklumat yang saya terima”?

“Dunia sekarang, sudahlah terbalik… pemudi berbaju belang, pemuda berbaju batik” – mungkin bait lagu R.Azmi ini menceritakan tentang betapa zaman sudah berubah, namun jika perubahan ini berupa sikap menuduh tanpa bukti berbanding amalan terdahulu, nescaya ia akan membawa kerosakan yang teruk kepada budaya bermasyarakat.

Demi Tun Mahathir, kini 1MDB sedang diaudit oleh Ketua Audit Negara dan juga PAC. 

Cuma, pentingkah hasil audit itu nanti tatkala motif dan motivasi terhebat ialah Perdana Menteri Najib Razak wajib berundur?

Tun Mahathir sendiri telah menetapkan tekad dan pendapatnya dalam isu 1MDB seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal, yang membawa maksud motifnya, Perdana Menteri Najib Razak perlu letak jawatan.

Maka, apa pun keputusan audit itu nanti, baik berlaku penyelewengan atau tidak, kemahuan beliau adalah Perdana Menteri Najib Razak perlu berundur, atau hadapi serangan bertali arus ala Pakatan Rakyat; menuduh tanpa bukti kukuh, tetapi mahu si tertuduh buktikan dirinya tidak bersalah.

“Dunia sekarang, sudahlah terbalik…”.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment