Tuesday, June 16, 2015

FGV : Saham Digantung Amalan Biasa

Saham digantung perkara biasa

16 Jun 2015, Kuala Lumpur : Penggantungan urus niaga saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu adalah perkara biasa dalam bursa dan tidak perlu dijadikan satu isu.
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/FELDA_ISA_ABDUL_SAMAD_021013_TMINAJJUA_03.jpg
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, perkara itu dijadikan isu disebabkan sesetengah pihak kurang pemahaman mengenai selok belok urusan saham dan akhirnya hal itu dijadikan modal untuk menghentam FGV dan juga Felda.

“Tiada apa yang pelik dengan penggantungan sementara kerana itu memudahkan FGV membuat pengumuman mengenai cadangan membeli 37 peratus ekuiti syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar Indonesia, PT Eagle High Plantations (EHP) daripada Rajawali Group.

“Mana-mana syarikat pun akan berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang timbul jika urus niaga berjalan seperti biasa tetapi hal itu tidak pula dijadikan isu,” katanya selepas menutup Karnival Sukan, Usahawan, Kerjaya, Amal (SUKA) di Dataran Seri Jempol, dekat sini hari ini.

Jelasnya, perkara itu sepatutnya tidak diputar belit kerana saham FGV kembali diniagakan seperti biasa hari ini.

“Hanya disebabkan Felda maka ramai yang mengambil kesempatan menakutkan orang ramai dengan mengaitkan penggantungan urus niaga itu kerana saham FGV yang semakin merudum.

“Golongan cetek ilmu ini, mempunyai agenda untuk kepentingan tersendiri. Mereka sengaja memainkan isu berkenaan di media sosial dengan harapan akan mendapat perhatian,” katanya.

Mohd. Isa berkata, cadangan pembelian 37 peratus ekuiti PT E­agle High Plantations (EHP) daripada Rajawali Group akan memperbesarkan lagi skop perniagaan huluan FGV dan meningkatkan lagi sumber pendapatan syarikat.

“Itu akan menjadikan FGV antara syarikat perladangan minyak sawit berintegrasi terbesar di dunia dengan EHP memiliki 425,000 hektar tanah dengan 137,000 hektar sudah ditanam sawit.

“FGV juga bercadang mengambil alih sehingga 95 peratus kepen­tingan dalam projek gula Rajawali Group yang dianggarkan bernilai RM251.5 juta secara tunai,” kata beliau.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment