Monday, June 15, 2015

2 Program 1 Tarikh, PAS vs PasMa?

pas vs pasma 
EDITOR MENULIS...
15 JUN 2015

Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, bahawa PasMa akan didaftarkan sebagai parti politik dalam lingkungan bulan Julai. Maklumat ini diperolehi dari rakan dalam PAS sendiri.

2 hari lepas, perkara ini telah disahkan oleh Presiden PasMa sendiri, iaitu Phahrolrazi Zawawi dengan alasan Pakatan Rakyat sudah terpecah apabila Lim Guan Eng mengarahkan agar kesemua pimpinan PAS yang menjawat jawatan kerajaan negeri meletakkan jawatan. 

PasMa juga mendakwa, kritikan-kritikan keras oleh kepimpinan PAS yang baru ke atas PR juga menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat, mengakibatkan wujudnya keperluan dan inisiatif untuk menubuhkan Pakatan yang baru.

Umum faham, bahawa PasMa adalah kumpulan yang menentang pro ulamak PAS, dan penyingkiran skala besar pimpinan pro DAP merupakan satu tamparan hebat. Malunya bukan kepalang, apabila nama-nama besar seperti Salehuddin Ayob, Mahfuz Omar, Mat Sabu dan beberapa nama lain tersungkur di Kuala Selangor.

Bukan lagi bersifat rahsia, kini PasMa telah mengorak langkah untuk membuktikan bahawa mereka serius untuk bermufarakah dari PAS.

Penganjuran 2 program di atas benar-benar membuktikan bahawa ada keseriusan dalam cita-cita untuk menubuhkan parti baru. Mengikut pemerhatian saya, belum pernah dalam sejarah pimpinan PAS, berlakunya 2 program besar pada dan ketika waktu yang sama.

Himpunan Jasamu Dikenang melibatkan nama-nama yang kecundang pada muktamar PAS baru-baru ini. Bukan itu sahaja, nama-nama tersebut juga dikaitkan sebagai “penerima elaun” dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Pada hemat saya, jika wajah-wajah yang terpapar di poster berkenaan diambil kira, maka kesimpulannya ialah program ini milik anti-ulamak PAS.

Pada program Himpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan pula, jelas ianya menampilkan pro ulamak PAS, yang dibarisi oleh pemenang di Muktamar PAS yang lalu.

Puas sudah PAS “bersilat”, “berkuntau” untuk menepis segala hal mengenai PaSMa selaku parti politik, kini kegelisahan itu tidak boleh disorokkan lagi.

Jangan pula ada yang mendakwa saya memfitnah, kerana pengakuan dari Presiden PaSMa, serta 2 program PAS dalam 1 masa dan ketika yang sama membenarkan apa yang selama ini dianggap desas-desus semata.

PAS vs PaSMa, agak-agak program mana yang bakal mendapat sambutan hangat?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment