Monday, June 15, 2015
Mazlan Aliman Lepas Jawatan AJK PAS Pusat Untuk Fokus ANAK. Pelik!
EDITOR MENULIS...
15 JUN 2015
Tamparan
hebat kepada pimpinan PAS, apabila Mazlan Aliman, “hero” PAS untuk
Felda telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan kepimpinan
apabila melepaskan jawatan selaku AJK PAS Pusat.
Memang tidak dinafikan, kemenangannya
tempoh hari merupakan satu kejutan setelah rentetan kekalahan
calon-calon pro DAP pada jawatan-jawatan tertinggi parti. Mazlan Aliman,
dilihat berkeseorangan dengan kemenangan tersebut, lantas menimbulkan
spekulasi apakah dia akan bertahan, atau melepaskan jawatan.
Hari ini, mungkin Mazlan mula berasa
canggung, dan terasing berikutan kekalahan “rakan-rakan rapat” nya di
dalam PAS. Sepanjang mengikuti karier politiknya, saya dapati memang
Mazlan ini lebih cenderung kepada pro DAP. Samada ilham atau kebetulan,
itulah pendapat saya terhadapnya.
Alasan yang diberikan oleh Mazlan Aliman
sangat pelik, apabila memilih untuk melepaskan jawatan demi memberikan
ruang yang lebih dalam untuk terlibat dengan ANAK.
Jika begitu, mengapa bertanding jawatan
tersebut jika kononnya mahu memberi perhatian kepada kepada ANAK? Apa
sudah jadi wahai Mazlan Aliman?
Dengan statusnya selaku AJK PAS Pusat,
seharusnya gerakan dan langkahnya dalam ANAK lebih panjang. Tentunya,
seluruh kepimpinan PAS akan memberi sokongan dan membantunya dengan
sepenuh daya untuk terus memutarbelit dan memanipulasi isu-isu yang
berkaitan dengan Felda.
Apa sebenarnya masalah Mazlan Aliman?
Sekadar merungkai segala kemungkinan,
saya merasakan seolah-olah ada kaitannya di antara perletakan jawatan
Mazlan dengan gerakan untuk menubuhkan PasMa. Apatah lagi, emosi
“ketidakpuasan hati” nya telah kelihatan sebaik sahaja diumumkan menang
jawatan AJK PAS Pusat dalam keadaan “rakan-rakan” nya tersungkur di
muktamar.
Bukan menuduh, tetapi saya terasa
janggal dengan keputusannya yang sudah menang bertanding, tetapi
meletakkan jawatan kemudian berdalih untuk memberi penekanan ke atas
penglibatannya terhadap ANAK. Walhal, selama ini pun memang itu lah
tugas dia, dan diberi laluan yang tidak terbatas untuk menyelusup masuk
melalui platform PAS .
Dengan keraguan terhadap alasannya
untuk meletakkan jawatan, saya tidak akan terkejut jika Mazlan Aliman
akan umum untuk sertai PasMa sedikit masa lagi. Atau mungkin juga
beliau melepaskan jawatan berikutan fikirannya sangat terganggu setelah
diarahkan untuk membayar RM350,000.00 kepada Felda kerana memfitnah.
Bukan sedikit amaun itu, mana nak cari, kan?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment