Monday, June 15, 2015

Orang Lain Semua Okey, Benarlah Beliau Keseorangan…

image
EDITOR MENULIS...
15 JUN 2015

Memang benar saya boleh tersenyum membaca kenyataan dan reaksi bekas Memanda Perdana yang menunjukkan sikap degil diusia ‘tua’nya berkenaan desakan mahu ditunjukkan segala bukti hitam putih pelaburan dan pembiayaan yang dibuat 1MDB.

Apa yang saya faham dari kenyataan tersebut, bekas Memanda Perdana itu mahu CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tunjukkan padanya segala bukti bertulis membabitkan akaun pelaburan dan pembiayaan syarikat GLC tersebut.

Pertamanya, saya tersenyum dengan reaksi bekas Memanda Perdana apabila seluruh jentera parti, pemimpin dan penerangan UMNO baru-baru ini sangat berpuas hati dengan penjelasan Najib berkenaan isu 1MDB yang berlangsung di PWTC, baru-baru ini.

Mengelabah bila semuanya puas hati dengan penjelasan Najib, jelas menunjukkan hanya bekas Memanda Perdana dan para ‘macai-macai terhormat’nya saja yang ‘terpekik terlolong’ di media pembangkang mendesak jawapan yang sebenarnya beliau dan mereka sendiri tidak perlukan.

Selain itu, penerimaan baik dari seluruh mereka yang hadir di sesi taklimat berkenaan menunjukkan bahawa UMNO menyokong padu dan berdiri teguh di belakang Najib dalam soal 1MDB. Mungkin keadaan itu membuat beliau ‘terkedu’ mencari ‘spin’ lain yang boleh.

Saya yakin, apa yang bekas Memanda Perdana lakukan terhadap Najib itu lebih kurang sama dengan apa yang pernah beliau lakukan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Cuma, tidak seperti yang berlaku pada Pak Lah, mungkin beliau tidak menjangka Najib akan menerima sokongan yang kuat dari seluruh warga UMNO.

Maka ternyata jangkaan bekas Memanda Perdana itu meleset sama sekali, kan?

Kedua, beliau mahukan bukti hitam putih? Macam budak-budak hingusan pula saya rasanya bila memikirkan ‘spin’ terbaru bekas Menteri Perdana itu.

Tidakkah beliau tahu dan sedar bahawa Ketua Audit Negara sedang melakukan siasatan forensik? Tidak percaya pada Arul dan PAC yang menjelaskan tentang akaun pelaburan dan pembiayaan 1MDB? Habis? Beliau mahu percaya pada siapa? Pada Anwar dan Rafizi?
anwar-ibrahin-dan-mamak-mahathir1
Kita tahu bahawa PAC dianggotai oleh wakil pihak pembangkang. Malah wakil pembangkang di dalam PAC dikatakan merupakan individu yang “paling berintegriti” berbanding pemimpin pembangkang yang lain. 

Jadi, jika berlaku sesuatu yang mencurigakan, adalah mustahil untuk wakil pembangkang itu lepaskan, bukan?

Sebelum ini beliau mahu 1MDB bersuara dan menjawab desakannya. Bila Arul Kanda membentangkan fakta, tidak pula beliau mahu percaya. Dituduhnya Arul Kanda menipu? 

Dan kini dia mahukan bukti hitam putih pula? Berapa banyak mahu beliau ‘spin’?

Untuk mendapat segala dokumen, penyata akaun dan segala maklumat terperinci, rasanya saya mencadangkan supaya bekas Memanda Perdana itu memohon terus dari Najib dan Arul untuk meneliti segala apa yang beliau mahukan. Berikan kertas-kertas itu untuk diselidik oleh seorang ‘doktor’.

Tapi apa gunanya? Walau tiada penyelewengan pun dalam kertas-kertas berkenaan, saya yakin beliau akan ‘ada-adakan penyelewengan’ yang hanya berlandaskan persepsi beliau sendiri. Motifnya cuma satu iaitu menjatuhkan Najib sebagaimana Pak Lah, dan bukannya untuk mendapatkan jawapan yang dipersoalkan.

Begitulah sikap seorang ‘negarawan’ yang dulunya hebat di mata kita, namun semakin meningkat usia senjanya, semakin teruk pula kebudak-budakannya. Bila dikatakan ‘nyanyuk’, beliau marah pula. Dituduhnya kita pula yang ‘nyanyuk’ dan tidak bercakap benar.

Saya hargai segala jasa dan pengorbanan bekas Memanda Perdana dulu. Tapi untuk ‘bermain kotor’ begini apabila kehendak peribadinya enggan dilaksanakan Najib, rasionalnya adalah tidak wajar untuk kita terus menyokong tindakan bekas Memanda Perdana itu, kan?

Mungkin inilah balasan yang bekas Memanda Perdana itu terhadap segala tindakan dan pengorbanan bapa dan keluarga Najib terhadap beliau ketika beliau dipecat dari UMNO dulu hingga mampu menjawat jawatan nombor satu negara. Itulah cara ‘Melayu’ itu membalas jasa, kan? Entahlah…

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment