Sunday, June 28, 2015
ADUN DAP Dikritik Oleh Suratkhabar Cina Kerana Tudung
Adun DAP Subang, Hannah Yeoh meluahkan rasa kesalnya apabila dikritik
oleh kaumnya sendiri mengenai pemakaian tudung semasa bulan puasa.
Umum mengetahui, Hannah sering meraih populariti dengan memakai tudung
ketika bulan Ramadhan bagi mendekati masyarakat di Subang. Ramai umat
Islam melihat tindakan Adun DAP tersebut sebagai sekadar bermain
politik, tetapi ada juga yang mendoakan beliau mendapat hidayah Tuhan.
Hannah yang beragama Kristian mengakui beliau selesa memakai tudung
ketika masuk ke masjid walaupun ramai orang melayu mengutuk dirinya.
Tetapi kini selepas beberapa tahun "bertudung", Hannah kesal apabila
orang cina sendiri mengutuk beliau.
Didalam laman sosial Facebook, Adun DAP berkenaan menyifatkan pemakaian
tudung ketika berbuka puasa di masjid bersama umat Islam di Subang
merupakan kehendak sendiri tanpa dpaksa.
Adun itu juga menyifatkan orang cina yang mengutuk beliau adalah merupakan individu yang ekstremis terhadap agama dan kaum lain.
"Biar saya katakan sekali lagi.., orang yang ekstremis wujud didalam
semua agama dan kaum. Rakyat Malaysia yang mahu negara ini berubah
haruslah menolak pandangan yang ekstrem sebegitu.
"Saya menyertai politik adalah untuk menentang pihak-pihak yang
mempunyai pemikiran sedemikian (ekstremis), dan saya minta maaf diatas
pendirian saya.."
Sebelum ini, seorang editor dari Sin Chew telah mengkritik Adun DAP
terbabit yang dikatakan beria-ia menggayakan fesyen tudung didalam
masjid semasa bulan puasa bersama umat Islam, sedangkan Hannah merupakan
penganut agama Kristian yang dikatakan taksub.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment