Oleh Saiful Bahari Baharum
Saya dah jemu mendengar penyokong pembangkang tak habis-habis cerita
hutang negara tinggi. Adakah mereka tahu mengapa hutang negara naik?
Pertama, kita semua kena faham besar kecil hutang negara di ukur
bukan dari segi jumlah mutlaknya (RM30 bilion, RM1,3 bilion sebagainya)
tetapi secara peratusan keluaran dalaman negara kasar (KDNK atau jumlah
dalam nilai ringgit semua aktiviti ekonomi dalam negara. KDNK di gunakan
seluruh dunia untuk mengukur kekayaan sesebuah negara secara mudah).
Mengapa di ukur begini? Seperti hutang orang seperseorangan, kalau di
ukur hutang orang kaya, beban RM10,000 tidak bermakna baginya, jika di
bandingkan hutang RM10,000 oleh seoramg berpendapatan rendah. Jadi, kita
ambil peratusan jumlah hutang seseorang itu dari pendapatan tahunan
orang tersebut.
Ok, pertama kita tenguk macam mana corak naik-turun peratusan hutang negara kita.
2005 = 42.7%
2006 = 41.4%
2007 = 41.2%
2008 = 41.2%
2009 = 52.8%
2010 = 53.5%
2011 = 54.3%
2012 = 55.9%
2013 = 58.1%
2014 = 56.3%
Kita lihat peratusan hutang melompat tinggi pada tahun 2009, tahun pertama DS Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Apa jadi pada tahun 2009?
Pada tahun 2008, krisis kewangan global yang terbit dari USA, UK dan Kesatuan Eropah telah mencetuskan krisis ekonomi sedunia.
Aktiviti ekonomi sedunia tergencat dan kegawatan ekonomi berlaku (definasi “gawat” KDNK bukan berkembang tetapi mengecut).
Untuk mengelakkan kegawatan ini tidak berpanjangan, hampir semua
negara-negara di dunia menjalankan pakej ransangan ekonomi di mana
kerajaan membelanjakan duit untuk membiayai aktiviti-aktiviti ekonomi.
Di Malaysia, di bawah Pak Lah, pakej ransangan pertama berjumlah
RM7.0 bilion di jalankan tetapi ianya terlalu kecil untuk memberi impak
untuk meransang ekonomi negara.
Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, beliau memngumumkan pakej
bernilai RM60.0 bilion. Inilah sebabnya hutang negara naik dari 41.2%
kepada 52.8% pada tahun 2009.
Adakah Malaysia sahaja yang mengadakan pakej ransangan?
Tidak. Umpamanya, dua-puluh dari ekonomi terbesar di dunia membelanjakan sejumlah RM2.3 trillion untuk pakej-pakej mereka.
Adakah pakej rangsangan ini berjaya?
Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebelum gawat, semasa gawat dan selepas pakej ransangan di jalankan adalah seperti berikut:-
2006 = 5.6%
2007 = 6.3%
2008 (gawat bermula) = 4.4%
2009 (semasa gawat) = negatif 1.5% (ekonomi mengecut 1.5%)
2010 (selepas pakej ransangan) = 7.4%
Tanpa pakej ini, tanpa menanggung hutang ini, ekonomi negara akan
terus merana dan sudah pastinya pada tahun 2010, 2011 dan kemungkinan
besar, tahun-tahun berikutnya, Malaysia masih dalam kegawatan.
Siapa yang sebenarnya yang menerima manafaat dari pakej ransangan
ini, pakej yang menyelamatkan ekonomi negara dari kegawatan yang
berterusan?
Jawapannya: Sektor awam, syarikat-syarikat, usahawan-usahawan dan
ahli-ahli perniagaan besar mahupun kecil, dan yang paling runcing,
ahli-ahli perniagaan yang tinggi hutangnya.
Saya berani menyatakan di sini Kerajaan sanggup menanggung bebanan
hutang tinggi ini kerana tidak mahu sektor awam dan
perniagaan-perniagaan negara pula mengambil hutang jika kiranya
kegawatan berterusan dan ahli-ahli perniagaan akan merosot businessnya.
Lagi lama merosot, lagi susah nak hidupkan balik.
Sebab itu saya berkata, penyokong pembangkang, terutamanya
businessman di negara ini, banyak yang tidak sedarkan diri, mengenang
budi.
*Dipetik daripada tulisan beliau di Facebook.
No comments:
Post a Comment