
Tuesday, June 23, 2015
Ahmad Awang Bakal Saman Hadi Awang!
EDITOR MENULIS...
23 JUN 2015
Amarah
dan dendam akibat kekalahan pada pemilihan di muktamar yang lalu
rupanya masih belum terpadam. Akibat ketidakpuasan hati tersebut, maka
lahirlah kumpulan G18 yang dianggotai oleh calon-calon pro Anwarinas
yang tewas, bagi mencari “wadah” baru perjuangan yang lebih “Islamik dan
Berakhlak”.
Saya amat terkejut dengan laporan
sebuah portal pro Pakatan Rakyat, apabila melaporkan calon tewas, Ahmad
Awang sedang berkira-kira untuk mengenakan saman ke atas Presiden PAS,
Hadi Awang. Asasnya, terdapat video yang tersebar di kalangan
perwakilan sewaktu muktamar berlangsung.
Hadi dalam satu kenyataannya yang
disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan
DAP dan calon pilihan PAS.
“Boleh pilihlah antara yang DAP hendak
atau yang kita (PAS) hendak,” katanya dalam rakaman video yang
disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan
perwakilan muktamar itu.
Soal untuk saman atau tidak, saya serahkan kepada empunya badan untuk membuat keputusan. Buruk baiknya, sendiri tanggung.
Sukar rupanya untuk menelan pahit kalah
bertanding jawatan. Mana tidaknya, sepanjang mengikuti sayembara
pertandingan jawatan nombor wahid di dalam PAS, acapkali saya
disajikan dengan keyakinan setinggi langit oleh Ahmad Awang dalam
cita-citanya untuk menjadi orang nombor wahid. Dia pernah mendakwa
mendapat sokongan akar umbi, serta ramai yang menyokong keputusannya
untuk bertanding. Apatah lagi, ia dibantu dengan kenyataan kononnya
Ahmad Awang merupakan calon terbaik dan boleh menang oleh pimpinan DAP.
Alasan boleh menerima kekalahan sekadar
penyedap hati, yang dijadikan tabir bagi menyembunyikan sebuah kedukaan.
Jika benar mengaku kalah, terimalah dengan hati terbuka, kerana “medan
tempur” yang dipilih adalah politik, seni berkemungkinan.
Anehnya, Ahmad Awang sendiri telah
membuat kenyataan bahawa dia tidak kisah digelar “proksi DAP”. Jadi,
mengapa kini tiba-tiba segalanya diungkit, disungkit dan dicubit?
Apa sebenarnya yang terjadi ke atas Ahmad
Awang? Mampukah dia menafikan ucapannya seperti yang dilaporkan oleh
portal pro Pakatan Rakyat seperti di atas? Dia sendiri tidak kisah, dan
membenarkan persepsi umum ke atasnya. Jadi, mengapa kini mulai gelisah?
Belajarlah untuk bersikap konsisten. Dan dalam isu ini, belajarlah untuk jadi “man of his words”.
Nampaknya, semenjak bertahaluf siyasi
dengan DAP dan PKR, golongan PAS sudah pandai saman menyaman. Walhal,
selalunya bab-bab saman adalah “makanan ruji” Anwar Ibrahim. Hebat betul
pengaruh dan modus operandi Anwar Ibrahim, sehingga menular ke dalam
parti PAS.
Hadi Awang bakal terus-terusan diasak. Jika sebelum ini ia adalah tugas DAP, kini baton sudah bertukar tangan.
Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment