Cukuplah Jawi, tutuplah episod ini. Usah dipanjangkan lagi. Semua pihak sudah mendapat pengajaran, mengapa Jawi sebagai sebuah badan dakwah Islam masih mahu memenjarakan umat Islam lain atas kesalahan yang di luar kuasa beliau pun.
Tuesday, June 23, 2015
Terima Kasih JAWI, Jamil Khir Atas Kewarasan Biarpun Agak Lewat
Terima
Kasih Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menarik
balik rayuan terhadap pembebasan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina
Nik Aziz, daripada tuduhan mengedar buku penulis kontroversi, Irsyad Manji.
Pada 15 Mac 2015, menerusi laman MYKMU.NET menerbitkan satru artikel berjudul Kes Nik Raina : Cukuplah JAWI, Banyak Kerja Dakwah Lain Boleh Dibuat yang antara lain
Hari ini Ketua Pendakwa Syarie JAWI telah menarik balik rayuan untuk menghalang pembebasan Nik Raina Mac lalu.
Menurut BERNAMA, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md
Yusup Che Teh yang mempengerusikan panel tiga hakim sebulat suara
membenarkan permohonan untuk menarik balik rayuan itu oleh ketua
pendakwa Syarie Mohammad Adib Husain.
“Selepas meneliti permohonan daripada Ketua Pendakwa Syarie dan tiada
bantahan dikemukakan mana-mana pihak, mahkamah membenarkan permohonan
dan rayuan dibatalkan,” kata hakim itu.
Pada 26 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat
Zain melepas tanpa membebaskan Nik Raina daripada pertuduhan itu dan
pada 9 Mac, JAWI memfailkan rayuan terhadap pembebasan berkenaan.
Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa mengedar buku ‘Allah, Kebebasan
dan Cinta’ karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan
dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid
Valley.
Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku
bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan
kebebasan dengan iman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk
‘Allah, Liberty and Love’ (The courage to reconcile faith and freedom)
yang bertentangan dengan hukum syarak.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik
Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid
Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang
membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun
atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui pemberita, Nik Raina, 39, ditemani peguam Rosli Dahlan
melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah itu,
selain berharap pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadapnya
kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Hari ini genap tiga tahun sebulan prosiding kes ini dan biarlah kes
hari ini adalah terakhir dalam hidup saya,” kata Nik Raina, yang kini
pengurus bahagian latihan di Borders The Curve.
Sungguhpun ia dianggap agak lewat, namun jutaan Terima Kasih JAWI dan
Datuk Seri Jamil Khir Baharom atas keterbukaan hati menutup episod
kontroversi ini dengan penuh hikmah. Islam harus dilihat sebagai agama
lemah lembut dan penyayang, bukannya gasar dan tidak rasional.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment