Wednesday, June 24, 2015
Bekas Pekerja PetroSaudi Ditahan Di Thailand, Didakwa Bocor Maklumat 1MDB
24 Jun 2015, Petaling Jaya : Seorang bekas pekerja PetroSaudi International ditahan di
Thailand pada Isnin kerana didakwa membocorkan maklumat berkaitan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Xavier Justo, yang merupakan bekas eksekutif teknologi maklumat (IT)
syarikat itu ditahan di kediamannya di Thailand dan didakwa kerana cuba
memeras ugut dan melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.
"Kita percaya Justo kini akan dibawa ke muka pengadilan. Kita telah
menjadi mangsa jenayah yang malangnya ia telah dipolitikkan di Malaysia.
"Kita gembira akhirnya dapat memperbetulkan salah faham itu dan kita
memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana perkara ini yang dilakukan
oleh bekas pekerja yang tidak bertanggungjawab sehingga memberikan kesan
tidak baik," katanya kepada seorang jurucakap untuk syarikat itu dalam
satu kenyataan pada Selasa.
Bahagian Penindasan Jenayah, Polis Diraja Thailand dilaporkan telah
membuat rampasan beberapa komputer, pemacu keras dan bukti-bukti lain
dari kediaman Justo selepas mendapat waran geledah daripada pihak
mahkamah.
PetroSaudi berkata, ia sedang meneliti tindakan undang-undang selanjutnya dalam pendakwaan berhubung tindakan Jusco.
PetroSaudi terpalit dalam kontroversi 1MDB selepas perjanjian usahasama
antara kedua-dua syarikat dikatakan telah diaturkan oleh taikun
perniagaan, Low Taek Jho.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment