Wednesday, June 24, 2015
Ayuhhh..Bangunlah..Jangan Lagi Kita Lalai Dan Leka...
Lim Kit Siang sungguh istiqomah dan determined untuk menawan Malaysia.
Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak 70an
lagi semua kerajaan buat tak betul – korup dan tak cekap. Erti kata
kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh! Sampai hari ini DAP masih menanam
kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tak sanjung pemimpin
pemimpin Melayu!
SAYA selalu ingatkan orang kita jaga-jaga dengan DAP. Mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik.
Gerak-geri mereka kini bukan macam dulu semasa tiada kuasa. Mereka kini cukup strategik.
Penasihat mereka hebat-hebat. Bukan dari dalam negara saja, dari luar
pun ada. Mereka cukup determined untuk perintah Malaysia. Negara lain
yang baik dengan parti itu pun mahu melihat regime change ini berlaku.
Semasa orang-orang kita sengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.
Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan
mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di
sana. Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu
ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya
dengan kedutaan kita di Kaherah?
Dengan konfiden mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada
mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak
Samad Said, ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah
mati!
Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.
Pasma, pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya Pasma?
Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas.
Jika tidak boleh pecahkan UMNO, pecahkan Pas.
Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.
Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah
pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu
dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.
Terus terang saya katakan, saya cuak dengan mereka semua.
Mereka sedang membuat satu strategi perang yang cukup mengelirukan.
Tentera semut sedang bekerja
Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali
semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus
berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan BN.” Akhirnya
taktik songsangnya berjaya.
DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam
penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang
strategi. Dia sedang bekerja!
Operasi perang saraf reverse-psychology mereka cukup halus. Mereka cukup
terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.
Semasa UMNO, BN, kerajaan dan pucuk pimpinan sedang bersilat dan ditolak
ke dinding dengan isu 1MDB, mereka sedang mengatur langkah. Isu ke mana
perginya wang berbilion-bilion dalam Selangor Inc. dilupakan sama
sekali.
Rafizi, Tony Pua diberi peranan mengharuhurakan keadaan melalui isu
1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat
kerja operatif — secara senyap.
Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati jangan seronok sangat ya.
Semut-semut itu dan jeneral-jeneralnya bekerja 24/7, termasuk dari dalam penjara!
Hmmm…
Dipetik daripada sumber : blog cuitzainihassan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment