Sunday, June 21, 2015
Bekas Sudah Mula Bersuara Plak....Pakatan Dah Mati.... Mat Sabu
Nampak gaya polimek samaada Pakatan masih hidup atau sudah mati jalan terus.
Ini bukan hal orang luar tetapi dalam PAS sendiri 'tak settle' bab ini.
Baru siang Jumaat Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata Pakatan
masih hidup...sebelah malamnya bekas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu kata
ia sudah mati.
Khamis bekas Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustapha Ali kata Pakatan kini 'hanya pengsan'.
Sekalipun ketiga-tiga mereka bercanggah pandangan,namun dalam struktur
sesebuah parti politik cakap Hadi selaku Presiden yang perlu
digunapakai.
Mat Sabu yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Shah Alam secara terbuka pertikai cakap Hadi bahawa Pakatan masih wujud.
Baginya cakaplah apa sekalipun,namun pakatan PAS-PKLR -DAP itu sudah pecah.
"Bagi saya Pakatan sudah tidak ada lagi,"katanya.
Mat Sabu kata jika Hadi tafsir Pakatan masih wujud para wartawan kena minta penjelasan darinya sendiri.
Selain Mat Sabu,kalangan pimpinan golongan bukan ulama yang habis tewas
dalam pemilihan PAS baru-baru ini rata-rata anggap PAS sudah tidak
wujud.
Sebaliknya golongan ulama yang kini kuasai parti sekata dengan Hadi dan
meminta supaya tunggu keputusan Majlis Syura PAS keatas usul Dewan Ulama
yang mahu putuskan hubungan dengan DAP.
Usul berkenaan bagaimanapun tetap mahu PAS kekal dalam Pakatan.
Sebaliknya bagi DAP usul itu bermakna PAS rasmi sudah bercerai dengannya dan bermakna Pakatan sudah mati.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tak kata Pakatan sudah mati
tetapi guna istilah 'gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara
formal'.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment