Sunday, June 21, 2015
BOS DAP Terus Hentam....Hadi Memusnahkan Pakatan
21 Jun 2015, Petaling Jaya : Sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu
membuat penyelesaian sendiri telah memusnahkan Pakatan Rakyat, walaupun
beliau menegaskan bahawa gabungan itu masih belum berkubur, dakwa
Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Veteran parti itu berkata Hadi telah membuat keputusan melanggar
konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan dan yang menjadi dua
tiang yang mengawal pakatan pembangkang.
"Saya berasa pelik bila Hadi mendakwa Pakatan tidak mati apabila, pada
tahun lepas, beliau telah secara bersendirian memusnahkan Pakatan dengan
melanggar konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan, dua tiang
yang mengawal kejayaan PR dalam pilihan raya umum ke-13, di mana
tanpanya, memang tidak wujud Pakatan Rakyat," kata Kit Siang dalam satu
kenyataan, Sabtu.
Hadi, pada Jumaat menegaskan bahawa Pakatan masih hidup, dan berkata DAP
tidak mempunyai hak untuk menyebut bahawa gabungan itu tidak lagi
wujud.
Bercakap kepada pemberita di kediamannya di Terengganu, presiden PAS itu
berkata tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai pembubaran Pakatan oleh
DAP, dan mendakwa rakan-rakan sekutunya bertindak tergesa-gesa kerana
tidak memahami makna pakatan.
Walau bagaimanapun, Kit Siang berkata beliau tidak mempunyai kepentingan
untuk campur tangan dalam percanggahan pandangan beberapa pemimpin PAS
berhubung status pakatan pembangkang.
"Memandangkan kepimpinan PAS yang baharu dilihat seolah-olah bertelagah
antara satu sama lain sama ada usul pada Muktamar PAS telah membawa
kepada pembubaran Pakatan Rakyat, saya tidak mempunyai kepentingan
campur tangan dalam perbezaan tafsiran mereka," kata Ahli Parlimen
Gelang Patah.
Kit Siang merujuk kepada kenyataan Dewan Ulama PAS sebelum ini di mana
Datuk Dr Mahfodz Mohamed seolah-olah bersetuju bahawa Pakatan telah
dibubarkan.
Mahfodz dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak menyesal dengan usul
muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP, walaupun ia telah
menyebabkan pembubaran Pakatan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment