Sunday, June 21, 2015
Desak BTN Tutup: DAP Ibarat Marahkan Nyamuk...Kenapalah Dengan DAPIG Ni
DAP diibaratkan seperti `marahkan nyamuk kelambu dibakar’ apabila mendesak Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim
berkata, DAP sebenarnya marah kerana melalui BTN, rakyat mengetahui apa
yang berlaku dan siapa sebenarnya yang merosakkan perpaduan rakyat
berbilang kaum dan agama.
“Semuanya mahu mengikut kata mereka. Sebab itu parti tersebut mahu BTN dimansuhkan,” kata Ahli Parlimen Muar itu.
Beliau berpendapat, desakan DAP itu juga sesuatu yang tidak berasas dan membuktikan parti itu takut kepada kebenaran.
Katanya, selama ini BTN berperanan dan berjaya membentuk jati diri
rakyat untuk lebih berjiwa patriotisme dan sebab itu pembangkang
terutama DAP khuatir rakyat tidak akan menyokong mereka.
“Apa asas yang DAP mendakwa BTN ini rasis atau bersikap perkauman.
Apakah menceritakan keadaan sebenar (pencerobohan kumpulan bersenjata)
di Lahad Datu (Sabah) itu adalah rasis?
“Apakah menerangkan mengenai Raja Berperlembagaan itu juga rasis? Saya
tidak nampak BTN ini telah melanggar peraturan,” katanya kepada
pemberita selepas melawat bangunan baharu UMNO Muar di sini,Sabtu.
Pada Jumaat, Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan yang
dipetik oleh beberapa portal propembangkang mendesak agar BTN dihapuskan
kerana rasis dan antinasional.
Lim mendakwa kerajaan persekutuan sudah membazirkan RM1.1 bilion yang
sepatutnya digunakan untuk menyuburkan patriotisme, perpaduan antara
kaum dan persefahaman antara agama.
“Kita sepatutnya memperbaiki bukan menghapuskan. Kita mahu tahu apa
masalah BTN ini kepada mereka sebenarnya. Saya tidak nampak kalau BTN
ini dihapuskan ia boleh menjadi semuanya baik seperti langkah kita
memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” ujar Razali.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment