Sunday, June 21, 2015
Kalau Macam Tu Baik Tak Payah Bertanding Jer .....Mahfuz, Salahudin Dilantik AJK PAS
Kuala Lumpur : Tiga calon kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan
PAS awal bulan ini dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
bagi sesi 2015-2107.
Dua daripadanya ialah calon jawatan naib presiden iaitu Datuk Mahfuz
Omar dan Salahudin Ayub manakala seorang lagi ialah Mohd Taufek Abdul
Ghani yang tewas dalam pertandingan jawatan AJK Kerja PAS Pusat.
Menerusi sidang media di Pejabat Agong PAS di sini, Timbalan Presiden,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk
Mustafa Ali ke jawatan Pengarah Pilihan Raya.
Mustafa sebelum ini adalah setiausaha agung PAS.
Turut diumumkan pelantikan Nasrudin Hassan Tantawi yang juga AJK PAS Pusat sebagai Ketua Penerangan PAS yang baharu.
Ditanya sama ada ketiga-tiga calon yang tewas itu menerima pelantikan
berkenaan, Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklum
balas negatif berhubung perkara tersebut.
"Kita sudah keluarkan surat pelantikan kepada semua yang berkenaan pada
minggu lalu. Namun kami tidak menerima apa-apa maklumat penolakan.
"Jadi kita anggap mereka menerima pelantikan berkenaan," katanya.
Sidang media itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS yang baharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment