Sunday, June 21, 2015

Melarikan Diri Untuk Kembali Hidup Di Jalanan...Pesanan Jauhi lah DADAH

 
Melarikan diri untuk kembali hidup di jalanan

Wartawan Sinar Harian 21 Jun 2015

Johor Baharu : Seorang lelaki sanggup melarikan diri daripada pusat kebajikan dan kembali hidup di jalanan disebabkan masalah ketagihan dadah malah sanggup mengemis hasil simpati orang ramai untuk mendapatkan wang.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, lelaki berusia 55 tahun itu  pernah dihantar ke pusat serenti sejak 20 tahun lalu disebabkan ketagihan dadah dia tidak serik dan kembali hidup di jalanan.

“Dia pernah menjadi klien ketika saya bertugas sebagai kaunselor di sebuah pusat serenti, namun saya tidak menyangka selepas 20 tahun masih bertemu kembali ketika pihak JKM menjalankan operasi berhampiran Jalan Wong Ah Fook, di sini.

“Malah keadaannya amat menyedihkan dan dia telah disahkan mengidap HIV. Berdasarkan rekod lelaki berkenaan pernah dimasukkan di rumah kebajikan dan pusat jagaan swasta namun dia sering melarikan diri akibat penagihan dadah,” katanya.

Manayi berkata, meskipun pelbagai bantuan dihulurkan untuk memulihkan lelaki berkenaan daripada masalah penagihan dadah namun tidak berhasil disebabkan dia sering melarikan diri sekiranya diselamatkan.

Beliau berkata, dalam operasi dijalankan pihaknya kelmarin lelaki berkenaan terpaksa ditahan dan dihantar ke rumah kebajikan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977.

“Berdasarkan rekod dan siasatan dijalankan lelaki berkenaan sebatang kara dan berasal dari Melaka.

"Dia pernah berbohong ketika berada di rumah kebajikan untuk pulang ke tempat asalnya. Bagaimanapun,  dia masih berada di bandaraya ini dan menjadi penagih tegar serta meminta sedekah," katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment