Sunday, June 21, 2015

Lagi...Pasal Isu Roboh Struktur Logo UMNO di Pulau Pinang

Cuba bayangkan apa jadi jika mana-mana majlis perbandaran di negeri dikuasai BN usik logo atau papan tanda DAP apalagi robohkan seperti yang berlaku pada struktur binaan nama UMNO di depan pejabat UMNO Pulau Pinang.

Siapa tahu mungkin para pemimpin DAP akan melompat sakan dan tuduh segala macam termasuk cuba menindas parti mereka.

Gara-gara apa yang berlaku di Pulau Pinang kini sudah berlegar gambar bahawa logo dan papan tanda di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur dan di pejabat DAP Melaka yang didakwa tidak ikut peraturan.

Itu bukan benda baru tetapi sudah lama terpampang.Tiada siapa yang ambil kisah.Kata orang apa sangatlah nak usik benda-benda kecil itu.

Namun begitu perlu diingat sekalipun logo dan papan tanda sesuatu benda kecil ia adalah lambang dan kemegahan sesebuah pertubuhan politik.Ini sama seperti bendera bagi sesebuah negara.

Jadi ramai bertanya apakah motif kerajaan DAP Pulau Pinang yang nampak macam tak sabar-sabar merobohkan struktur binaan nama UMNO di depan ibupejabat UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister Jumaat lalu.

Apakah mereka cuba nak jolok sarang tebuan atau merasa sakit mata melihat nama UMNO terpampang di tepi jalan bandaraya di negeri yang mereka kuasai.

Nak cari salah bukan susah.Cuba ajak orang-orang DAP pusing keliling satu Pulau Pinang.Mungkin beratus struktur binaan di bangunan-bangunan lain yang tidak ikut peraturan yang ditetapkan oleh MBPP.

Andaian yang boleh dibuat MBPP tidak mungkin berani usik bangunan sebuah bangunan parti politik jika ia tidak dapat 'wahyu' dari pihak yang lebih atas.

UMNO yang kini cuma ada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau PInang bukanlah satu ancaman politik bagi DAP.

Ada yang dakwa DAP saja nak cari isu untuk alihkan pandangan dari ribut taufan yang sedang melanda Pakatan Rakyat sekarang.

Para pemimpin UMNO Pulau Pinang termasuk pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman mempunyai sebab yang kuat untuk merasa geram dan kecewa melihat anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) bertindak gergaji struktur itu dalam tindakan mereka.

Beliau mendakwa sikap kerajaan DAP yang telah mengarahkan penguat kuasa berbuat demikian yang seolah-olah mahu menindas UMNO.

"Tindakan MBPP ini terang-terang tidak mengikut prosedur dan akta dalam menjalankan penguatkuasaan," katanya.

Ikut penjelasan Zainal apa yang mengecewakan tindakan merobohkan struktur logo itu dibuat setelah perbincangan dilaksanakan.

Katanya telah MBPP meminta pihak pengurusan bangunan UMNO negeri memberikan serahan dokumen terperinci bagi memohon permit untuk membenarkan logo diletakkan di bangunan bawah menara itu.

"Kita dah nak pergi hantar secara terperinci dokumen yang diperlukan untuk permit dan dah setuju nak pergi hantar pada pagi Isnin ini. Tapi petang Jumaat (semalam) mereka dah ambil tindakan. Ini satu perkara yang tidak bertanggungjawab, tidak ada budi bicara, kita dah bincang, dilanggar pulak perjanjian dan terus datang merobohkan struktur logo," katanya.

Bercakap kepada wartawan selepas melawat lokasi struktur nama UMNO itu ,Zainal berkata tindakan MBPP ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut prosedur di bawah Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Kami mahu meminta MBPP untuk melihat dan mengkaji serta jangan tergesa-gesa mengambil apa-apa tindakan tanpa merujuk kepada Akta 133 yang digubal pada tahun 1974 ini," katanya.

Beliau turut menegaskan walau apa juga keadaan, UMNO Pulau Pinang tetap akan mengekalkan tempat peletakan logo tersebut.

Beliau turut meminta kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dan MBPP agar tidak berdolak dalih lagi selepas ini dan memberikan segera permit untuk membenarkan logo tersebut berada dan diletakkan ditempat seperti yang dimahukan UMNO negeri.

Kini tunggu tengok apa reaksi kerajaan Lim Guan Eng.

Dari pendirian tegas UMNO Pulau Pinang tetap mahu struktur berkenaan kekal di situ isu kecil ini boleh jadi panjang cerita.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment