Sunday, June 14, 2015

Dua Anak Almarhum Sultan Iskandar Nafikan Dakwaan Mahathir

14 Jun 2015, Kuala Lumpur : Dua anakanda Almarhum Yang Di Pertuan Agong Sultan Iskandar Ismail (Johor), Tunku Abdul Majid Idris Iskandar dan Tunku Azizah Sultan Iskandar melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau terpaksa mencari jalan memecat Tun Salleh Abbas atas permintaan almarhum.
tunkuMajid
Tunku Majid dalam akaun Facebooknya menyatakan Mahathir menggunakan Almarhum ayahandanya untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas bukan sebaliknya seperti yang didakwa.

“Ayah saya tahu Tun Salleh Abbas seorang yang baik. Baginda telah berbaik dengan Tun Salleh. Mahathir tolong jangan salahkan seseorang yang tidak dapat mempertahankan diri.”

Sementara itu, seorang lagi anak almarhum Sultan Iskandar,  Tunku Azizah, pada masa pemecatan Tun Salleh Abbas, pengubahsuaian yang besar berlaku ialah pembinaan apartment Conlay Court yang berdekatan dengan kediaman Ketua Hakim Negara. Bunyi bising pembinaan tersebut turut sampai ke Istana Johor.

Bagaimanapun anakanda Sultan Iskandar, Tunku Majid menyatakan pemecatan Ketua Hakim Negara tiada kena mengena langsung dengan isu bising pengubahsuaian.

Malah berdasarkan  dialog kedua beradik ini dalam akaun Facebook yang terhad kepada rangkaian keluarga, ia memberi gambaran hubungan Tun Salleh Abbas dan Sultan Iskandar tidak pernah bergeser kerana soal peribadi seperti itu.
tengku-Azizah

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment