Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor
Sunday, June 14, 2015
Nazri Cermin Muka Sendiri Dahulu – Ketua UMNO Parit Sulong Johor
KENYATAAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG BERHUBUNG KENYATAAN MENTERI TERHADAP DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Saya menyarankan agar menteri ini supaya muhasabah dan cermin diri
sebelum mengatakan sesuatu perkara yang melibatkan institusi DiRaja.
Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.
Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang
setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor.
Rakyat Johor akan mempertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan Bangsa Johor.
JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR…
Jawatan sebagai menteri bukan lesen untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.
Pendirian menteri ini tidak mewakili seluruh kepimpinan UMNO atau
rakyat kerana beliau merupakan ahli MKT yang dilantik oleh presiden
parti dan jawatannya atas lantikan Perdana Menteri.
JOHOR MESTI SENTIASA JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan
institusi kesultanan. Orang luar yang tidak suka cara Johor tidak perlu
mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari
negeri lain.
Datuk Zulkarnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment