Sunday, June 21, 2015

Dulu guru KAFA, Sekarang Ekhsan Bukharee Jadi Guru Besar

21 Jun 2015, Shah Alam : Bekas Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang pernah menimbulkan kontroversi dengan menyerang sidang DUN Selangor, awal April lalu, kini dilantik sebagai guru besar di sebuah sekolah swasta.

Ekhsan diberi kepercayaan untuk mentadbir Sekolah Rendah Islam Al-Iman, yang terletak di Subang Mutiara oleh pemiliknya yang mahu dikenali sebagai Puan Rohana sahaja.

Ekhsan dalam pada itu sedar akan beban dan tanggungjawab besar yang disandarkan kepadanya untuk melahir dan membina manusia yang cemerlang lagi beradab.

Beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, dilihat menyindir kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini bertindak memecatnya meskipun 'kesalahan' yang dilakukannya itu hanyalah menuntut hak sebagai seorang guru kafa.

"Pendidikan hari ini berjaya melahirkan otak tetapi gagal membina watak. Pendidikan hari ini juga berjaya membina bangunan tetapi gagal membina manusia.

"Gagal membina kemanusian; membangun fizikal, meruntuh spiritual. Melahirkan kapitalis sombong dan tidak ada rasa tanggungjawab kemanusiaan," katanya yang turut memberitahu sekolah itu baru sahaja beroperasi pada minggu ini.

Ekhsan dipecat gara-gara menyerahkan memorandum tuntutan kenaikan elaun guru Kafa kepada semua ADUN semasa sidang DUN berlangsung.

Ekhsan bertindak sedemikian kerana mendakwa kerajaan negeri masih gagal menaikkan elaun guru Kafa di Selangor dari RM 1,300 kepada RM1,500 walaupun ia termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Susulan daripada itu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak memecatnya, namun pemecatan itu bersabit dengan prestasi pengajaran dan pembelajarannya yang mendapat markah rendah - tidak melibatkan isu provokasi yang dilakukan Ekhsan.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment