Sunday, June 28, 2015

Entah Lah.... Kalau Sudah Tidak Lagi Suka Buat APa Sekali...Pun Tetap Macam tu

Sedih yer...macam mana lagi.Fikir fikirkan macam sudah jauh lari ni.Ada jawapan atau tidak pendirian tetap macam tu jugak.Apa yang Admin harapkan suatu hari nanti..Berdamai lah...BUANG YANG KERUH AMBIL LAH YANG JERNIH.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad memberi reaksi sinis dengan penangkapan bekas pengarah syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Koh Samui Thailand pada Isnin.

“Biasanya negara lain tidak akan ambil berat melainkan dia pengganas. Barangkali sebab dia pengganas sebab itu Thailand tahan dia.

“Kalau dia setakat tipu syarikat, itu masalah Arab Saudi kena betulkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Justo didakwa memeras ugut bekas majikannya dengan mendedahkan kandungan email yang telah ‘diganggu’ berkaitan urusniaga dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB melalui Sarawak Report.

Dr. Mahathir sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dengan menggunakan pendedahan yang dibuat oleh portal Sarawak Report melalui maklumat yang diberi oleh Justo.

Ketika ditanya adalah beliau akan memohon maaf, Dr. Mehathir menjelaskan ia bergantung kepada hasil siasatan penahanan tersebut.

“Kita tengoklah apa dia cakap tetapi dia punya keadaan itu mencurigakan sedikit, macam ada perancangan.

“Ini orang pandai-pandai belaka, macam-macam perancangan ada sekarang ini.

“Lelaki ini datang ke Thailand sebagai pelancong melainkan Arab Saudi minta Thailand untuk tahan dia. Saya tidak nampak kenapa dia ditahan sebab dia melakukan jenayah di Arab Saudi,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment