Sunday, June 21, 2015

Ikut Sedap Mulut Saja.....Ini Semua Salah UMNO....Presiden MIC Sudah Jadi Mat Sabu

Sebut saja nama Mat Sabu apa nak hairan kalau bekas Timbalan Presiden PAS ini sudah tunjuk jari kepada UMNO yang menyebabkan beliau bukan saja kalah tetapi dapat undi ciput masa pemilihan PAS.

Lainlah bab puak dalam pembangkang,kini Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang sedang berentap dengan Timbalan Presiden Datuk Seri S Subramanian pun sudah cuba berlindung di sebalik alasan menyalahkan UMNO.

Politik zaman dunia tanpa sempadan sekarang sudah jadi makin mudah.Senang saja, ini semua salah UMNO.

Agak mengejutkan.Mat Sabu macam tenggalam punca nak cover line kalah teruk pada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hingga terpaksa mendakwa media pro UMNO yang buat beliau dan geng bukan ulama terbarai.

Sekalipun agak melucukan,namun bukan senang Mat Sabu nak bagi kredit kepada kehebatan media pro UMNO masuk jarum sampai boleh pengaruhi puak ulama 'cuci bersih' musuh politik mereka.

Dalam satu interbiu dengan Malaysiakini yang disiar Sabtu,bekas penyandang jawatan orang nombor dua PAS selama dua penggal ini dakwa media pro UMNO berkempen sakan untuk bantu golongan ulama menjelang pemilihan PAS.

Dakwanya ini nyata membuktikan pusat strategi UMNO terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS.

Memang hebat,kalau betul bagai didakwa media pro UMNO boleh tune pemikiran golongan ulama PAS tendang semua geng Mat Sabu.

Entahlah siapa yang Mat Sabu nak goreng.Harap-harap bukan dirinya sendiri dengan dakwaan yang boleh buat semua orang gelak itu.

Namun begitu ada orang PAS yang kata tidak mungkin beliau sengaja 'buat-buat bodoh' cakap begitu.

Teropong punya teropong dakwa mereka ada udang disebalik batu.

Dakwa mereka apa lagi kalau bukan hendak tunjuk kepada dunia konon Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan golongan ulama senang-senangboleh masuk poket UMNO.

Mungkin yang pekak dan buta saja tidak nampak bahawa pertelagahan antara golongan ulama dan bukan ulama dalam PAS bukan ciptaan orang luar apa lagi UMNO.

Senang cakap siapa yang boleh tahan melihat gelagat golongan bukan ulama yang badan saja dalam PAS tetapi kiblat politiknya lebih kepada rentak PKR dan DAP.

Melihat pada pergolakan menjelang pemilihan sudah jelas terpampang di sana sini golongan ulama akan kerat mereka habis-habisan.

Begitu juga halnya dengan MIC.Pergolakan dalamannya cukup jelas berpusat pada isu kesahihan pemilihan pada tahun 2013.

Kemuncaknya Pendaftar Pertubuhan (ROS) terpaksa membatalkan keputusan pemilihan itu dan arahkan ia adakan pemilihan semula.

Sebaliknya dalam perhimpunan dengan penyokongnya di PWTC Sabtu,Palanivel sudah salahkan UMNO yakni Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwanya Najib menyebelahi ROS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.

"Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri terlibat menekan MIC supaya menolak keputusan pemilihan sah kita dan supaya parti bersama dengan pengkhianat ( puak Subramanian) ," katanya.

ROS ialah sebuah jabatan kerajaan yang kawal selia semua pertubuhan.

Keputusannya sudah tentu berdasarkan fakta apa yang berlaku semasa pemilihan.

Pada 9 Februari 2015 ROS mengarahkan MIC untuk melakukan pemilihan semula bagi semua peringkat atau parti itu bakal berdepan dengan tindakan pembatalan.

Pada 15 Jun baru ini Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak dua pemohonan semakan kehakiman oleh Palanivel dan empat individu lain, yang mencabar arahan ROS supaya diadakan pemilihan semula parti.

Ramai pemerhati politik merasa krisis MIC ini boleh selesai jika Palanivel dan gengnya akur pada keputusan ROS.

BN sendiri sudah beri beberapa cadangan untuk jalan penyelesaian.Namun semua ditolak oleh Palanivel dan minta BN jangan campur hal dalaman MIC.

Beliau dikatakan cuba tunjuk garang untuk tutup kelemahannya sendiri yang ketara sejak ambilalih kepimpinan dari Datuk Sri Samy Vellu.

Malah bekas bosnya sendiri telah menyuarakan rasa kecewa dengan situasi dalam MIC dibawah Palanivel sekarang.

Dulunya semua orang tahu Palanivel ialah 'blue eye boy' Samy Vellu.

Sokongan pada puak dipimpin Subramanian makin solid manakala yang menyebelahinya makin kurang.

Dalam situasi yang kritikal inilah Palanivel sudah korner salahkan Presiden UMNO yang mahu lihat krisis MIC selesai cara baik.

Politik punya pasal...bila sudah terdesak Palanivel pun boleh jadi Mat Sabu.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment