Sunday, June 21, 2015

Perang Proksi Dalam PKR Antara Kumpulan Pro PAS dan DAP

PKR kini terpecah dua kepada kumpulan yang pro DAP dan diketuai oleh orang keliling Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan yang pro PAS yang berkumpul di belakang Timbalan Presiden Azmin Ali.

Selepas Azmin mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengenai pertemuan dengan Sultan Selangor baru-baru ini.

Pagi Ahad, luka dalam PKR bertambah dalam dengan pertembuangan terbuka antara ketua dan timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad yang diketahui antara orang Azizah selain rafizi dan Datuk Saifuddin Nasution menerusi kenyataan pada Ahad menolak pandangan timbalannya, Dr Afif Bahardin bahawa Pakatan Rakyat masih wujud.

"Dimaklumkan bahawa kenyataan bertajuk 'pendirian AMK terhadap Pakatan Rakyat' bertarikh 20 Jun bukan merupakan pendirian rasmi AMK.

"AMK selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi presiden dan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik yang turut dianggotai oleh saya sendiri," katanya.

Pada Sabtu, Dr Afif menerusi sidang medianya di Ibu Pejabat PKR menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud.

Adun Seberang Jaya itu merupakan dikenali proksi Azmin dalam AMK.

Menurutnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak berhak untuk mengumumkan bahawa pakatan itu tidak lagi wujud.

Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Pulau Pinang berkata gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, Pakatan Rakyat bukan hak individu dan menggesa pemimpin tertinggi bersikap matang dan sedar akan harapan rakyat yang semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan kepincangan pentadbiran UMNO-Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa PR tidak lagi berfungsi secara formal selepas mengambil kira situasi politik semasa. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment